Pembangkang tipu intelektual rakyat demi PRU-14

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak sikap berdolak dalik pembangkang yang pernah membuat kempen untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kemudiannya membatalkan harsat itu.

Tegas Rahman, sikap pembangkang terhadap isu GST menunjukkan perkara ini tidak dipandang serius oleh mereka sama ada untuk dimansuhkan atau sebaliknya.

“Masyarakat perlu bimbang apa akan jadi kepada kerajaan di masa akan datang. Tiada satu keputusan yang konsisten diantara pembangkang dan buat satu keputusan yang kukuh mengenai polisi ekonomi negara.

“Katakan pembangkang nak mansuhkan GST, kena ada perancangan ekonomi lain untuk kukuhkan kedudukan atau kekalkan kedudukan ekonomi negara.

“Jangan jadi populis kerana hendak mansuhkan GST semata-mata untuk menang PRU-14. Ini satu penipuan kepada rakyat kerana ekonomi negara tidak boleh bertahan tanpa GST,” katanya selepas menjadi salah seorang ahli panel Bengkel Menteri ASEAN anjuran Universiti Sunway, Selasa.

Ahli Parlimen Kota Belud itu mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar  yang dilaporkan berkata  Pakatan Harapan (PH) tidak akan memansuhkan GST jika berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan pada PRU-14 kelak.

Rahman berkata situasi tidak sepakat dalam pembangkang menyebabkan rakyat menjadi keliru.

“Saya tidak tahu kerana seorang pemimpin kata mereka akan mansuhkan GST, manakala seorang lagi kata mahu teruskan GST. Kini mereka kata nak kosongkan peratusan GST. Banyak isyarat dan pendapat datang daripada pembangkang.

“Rakyat kena faham bahawa pembangkang menipu intelektual rakyat. Lainlah kalau pembangkang boleh kemukakan langkah kukuh untuk mengekalkan perolehan kerajaan,” kata beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana