Peguam Selar Rafizi Isu Dakwaan Hakim Syariah Terlibat Rasuah...Rafizi Habis Nak Salahkan Sehingga Hakim Syariah Disalahkannya

Otak Rafizi ini sudah tak betul lagi sehingga Hakim Syariah pun dikatakan ambil RASUAH....Otak rafizi letak dikepala lutut kot.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon maaf dan menarik balik kenyataannya mengenai risiko hakim mahkamah Syariah terlibat rasuah.
Presidennya, Musa Awang berkata dakwaan Rafizi itu tidak berasas.

"PGSM menegaskan bahawa sejak mahkamah Syariah ditubuhkan, hanya terdapat satu kes di mana seorang hakim mahkamah Syariah telah terlibat rasuah.

"Namun ia tidak melibatkan sejumlah wang yang besar," kata Musa dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada Isnin, ketika menghadiri program anjuran pembangkang, Rafizi membangkitkan mengenai Rang Undang-Undang persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau membangkitkan mengenai isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang tidak menyentuh mengenai kenaikan gaji hakim mahkamah Syariah.

Kata Rafizi, perkara itu boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.

"Kenyataan Rafizi Ramli telah mencemarkan maruah mahkamah Syariah serta hakim-hakim Syariah.
"Oleh itu PGSM menyeru Rafizi Ramli untuk menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan memohon maaf secara terbuka kepada semua hakim Syariah dan umat Islam," kata Musa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana