PAS yang menjadi musuh utama Politik PH....Itulah Rafizi Meroyan Giler Tu

PUNYALAH berdebar menanti ‘bukti’ yang dijanjikan Rafizi kononnya PAS menerima dana dari 1MDB melalui seorang bekas pemimpinnya.  Rupanya yang didedahkan ialah identiti penerima tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang sudah disingkir dari Dewan Ulama PAS sejak Jan 2013 lagi.  Pulak tu, dana bukan dari 1MDB sebaliknya SRC – bekas anak syarikat 1MDB.

Hairan kita kenapa Rafizi mengaitkan PAS dan 1MDB pada mulanya bila yang kononnya terlibat ialah Nasharudin dan SRC?

Nak sebutlah ni, bahawasanya identiti yang di dedahkannya tu, bukan bukti.  Itupun Rafizi mengatakan perkara itu diberitahu oleh seorang bekas pegawai tinggi SPRM kepadanya, bukan dia sendiri ada bukti yang dikatakan tu.

Takdelah surprise mana, Raja Petra Kamarudin (RPK) dah dedah perkara itu lebih awal, malah nama sumber bekas pegawai tinggi SPRM yang mendedahkan perkara itu kepadanya pun sudah diberitahu walaupun Rafizi tidak menyebutkannya hari ini.  Nampak kat situ bukan bukti, sebaliknya permainan persepsi oleh Pakatan untuk mencemarkan imej PAS yang menjadi musuh utama mereka sekarang ini.

Rakyat patut tolak saja bentuk pendedahan yang macam ini kerana bukti tidak ada dan yang dikatakan sebagai sumber itupun kita tahu ada kepentingan peribadi dan politik dalam hal ini.  Ia ibarat seperti mengesahkan Anwar seorang peliwat hanya berdasarkan kenyataan seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes liwat itu – PKR pun akan tong sampahkan saja kalau ada dakwaan yang seperti ini.

Tapi dakwaan air liur yang macam ini dia nak kita percaya pulak.

Walaupun begitu, suka dinyatakan disini bahawa berdasarkan carian di Internet, Nasharudin tidak pernah dipanggil dalam siasatan SPRM ke atas SRC atau namanya pernah muncul dalam mana-mana dokumen berkaitan.  Jika ini benar, persoalannya macam mana orang yang tidak pernah disiasat boleh dikaitkan dalam kes ini?  Siasat pakai agak-agak saja ke?

Bagaimanapun yang penting, sejak bila penyiasatan jadi bukti siapa salah dan siapa betul?  Mahkamah saja yang ada kuasa menentukan siapa melakukan kesalahan dan siapa yang tidak.  Belum lagi disebutkan dimana logiknya orang ‘buangan’ PAS seperti Nasharudin ini, boleh menyalurkan wang untuk tujuan politik PAS?

Tapi ada baiknya juga cerita macam ini kerana ia semakin menjauhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari dana hampir USD700 juta yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.  Semakin ramai, termasuk orang Pakatan seperti Rafizi sendiri percaya Najib tidak pernah menyelewengkan wang itu dari 1MDB, sebab itu sasarannya berubah kepada Nasharudin dan dana SRC sebanyak RM 40 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana