PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany

PAS ada hak untuk tidak mahu semeja dengan Pakatan Harapan (PH), namun parti itu tidak boleh menidakkan hak Amanah untuk turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), demikian ujar Ketua Pemudanya, Sany Hamzan.

Jelasnya, sejak awal penubuhan PH lagi, Amanah sering mengajak PAS mengadakan rundingan namun tidak disambut oleh parti itu.

"Pada saya, isu tiga penjuru ini PAS sebenarnya yang kena jawab. Isu tiga penjuru ataupun dua penjuru sebab daripada awal lagi kita jemput PAS untuk bersama-sama bincang setelah terkuburnya Pakatan Rakyat.

"Dan apabila kita tubuhkan PH itu sendiri, kita sama-sama menjemput PAS duduk untuk berbincang soal bincang kerjasama politik terutamanya dalam isu berkaitan dengan Pilihan Raya ini," katanya kepada Antarapos.

Dalam pada itu kata Sany, PAS tiada hak untuk menyekat mana-mana parti untuk bertanding kerana ia amalan dalam sistem demokrasi.

"Itu hak PAS lah bila dia menyebutkan dia tidak mahu untuk bekerjasama dengan kita (Pakatan Harapan).

"Dan hak dia jugalah untuk menghalang kita daripada masuk bertanding di 80 kerusi yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama. Cuma dalam negara kita ini, negara yang mengamalkan amalan sistem demokrasi dan kita dibenarkan untuk bertanding atas nama PH.

"Kita akan bertanding sebagaimana saya sebutkan tadi di 222 kerusi Parlimen yang terdapat dalam negara kita dan juga seluruh kerusi DUN dalam negara kita," katanya.

Sany turut berkata PAS sepatutnya 'mendengar' saranan bekas Naib Presiden mereka, Datuk Mahfuz Omar untuk tidak bongkak dalam percaturan parti dan duduk berunding dalam menghadapi pilihan raya.

"Kalau lah betul-betul kita nak menumbangkan Umno, Barisan Nasional mari kita. Mari kita berpakat," katanya lagi.

Semalam, Ketua Penerangan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak 'mengacau' di 80 kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Khairuddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana