PAS SERU AMBIL IKTIBAR BANYAK NEGARA ISLAM HANCUR ATAS DAKYAH DEMOKRASI

“PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS tidak lupa dengan peristiwa kebangkitan rakyat Arab Spring menentang kerajaan di benua Arab kononnya bagi mendesak demokrasi bebas dan menentang kezaliman.

Menurut beliau, gerakan itu mendapat sokongan negara Barat atas alasan demokrasi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Islam tersebut hingga hari ini.

“Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi berkata, PAS juga mengetahui bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya disamping menguasai media dan kuasa kewangan untuk mempengaruhi politik negara lain.

Justeru, katanya, PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita.

Bersih merupakan sebuah gerakan anti-kerajaan yang mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kebebasan dan pilihan raya yang adil untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.

Malangnya, setiap penganjuran perhimpunan, acara, program atau majlis anjuran Bersih menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan dan turut disertai pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas meninggalkan UMNO dan bersengkongkol dengan DAP turut menyertai perhimpunan Bersih pada tahun lalu.

Mahathir berpaling tadah daripada parti kaum Melayu dan menyertai pakatan sekular gara-gara kecewa dengan keengganan kerajaan Persekutuan memenuhi kepentingan perniagaan kroni-kroninya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana