PAS Selangor tidak akan putus tahaluf siyasi dengan PKR...Pening Kepala Memikirkan Hal Ini?

Adakah PAS Selangor takut kehilangan kuasa ker?Negeri Negeri lain sudah buat keputusan tolak berkerjasama dengan PKR tetapi PAS Selangor lain macam plak.Adakah PAS Selangor takut Hilang kuasa Negeri Selangor? 

PAS Selangor akan tetap berada di dalam kerajaan negeri, meskipun Muktamar Tahunan PAS pada hujung bulan ini membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi kemudiannya menegaskan, tahaluf siyasi PAS sama ada di peringkat kerajaan dan parti adalah dua perkara yang berbeza.

"Tahaluf di peringkat kerajaan berbeza dengan tahaluf di peringkat parti. Tahaluf di peringkat parti adalah tahaluf yang mana masing-masing, menerusi persetujuan, bahawa kita bersetuju untuk tidak bersetuju kerana setiap parti ada matlamat dan prinsip tersendiri. Dalam masa yang sama kita menghormati matlamat dan prinsip parti lain.

"Tahaluf menerusi kerajaan pula adalah menjaga kemaslahat rakyat. Di mana kita mempunyai kebersamaan dalam matlamat. Itu jauh lebih penting dari melayan matlamat parti masing-masing," kata bekas exco itu kepada Antarapos, hari ini.

Sallehen mengulas keperluan untuk PAS terus kekal di dalam pentadbiran kerajaan negeri meskipun parti itu akan memuktamadkan tahaluf siyasinya dengan PKR di dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kedah, hujung bulan ini.

Gesaan supaya PAS memutuskan kerjasama dengan PKR semakin hebat diperkatakan selepas beberapa PAS kawasan dan sayap meluluskan usul sedemikian, rentetan 'pengkhianatan' PKR yang menjalin hubungan baik dengan DAP dan Amanah.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata tahaluf siyasi PAS dengan PKR hanya wujud di bawah pentadbiran kerajaan Selangor, pimpinan komponen Pakatan Harapan (PH).

PAS bersama di dalam pentadbiran kerajaan Selangor semenjak 2008, selepas gabungan Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum pada tahun itu.

Diajukan hal itu sekali lagi, Sallehen bertegas tiada keperluan untuk PAS menarik diri dari kerjasama berkenaan apatah lagi kemenangan mereka adalah hasil kepercayaan rakyat yang memilih dan mengundi mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti itu di peringkat Selangor akan 'berubah arah' sekiranya PKR dan DAP tidak lagi mahukan khidmat mereka.

"Buat masa ini PAS tidak akan keluar, bahkan kewujudan PAS penting untuk menjaga kemaslahatan rakyat.

"Jika muktamar memutuskan hubungan dengan PKR, PAS menerusi kerajaan akan terus berada di dalam kerajaan. Kecuali jika PKR dan DAP hendak bekerjasama untuk singkirkan PAS daripada kerajaan," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana