Pas Selangor bidas Rafizi, gesa henti jaja cerita tak benar.

Pas Selangor membidas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang membuat tuduhan melulu kepada parti Islam tersebut dan menggesanya menghentikan cerita yang tidak berasas kepada orang ramai.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad itu memberi respon terhadap tindakan Rafizi yang membuat akuan berkanun menamakan bekas timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa sebagai individu yang menerima sejumlah wang berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Iskandar berkata, Rafizi sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat dan bukan membuat tuduhan siapa yang menerima wang sana sini.

“Ahli politik sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat, bukannya cerita siapa dapat RM3.5 juta, siapa dapat RM9.5 juta.

“Rakyat sebenarnya menyampah, mereka nak kerajaan atau parti politik selesai masalah mereka, bukan menjaja cerita sebegitu,” kata Iskandar yang juga Naib Presiden Pas semasa merasmikan Seminar Nasional Negaraku Menjelang 60 Tahun Merdeka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.
Walaupun berterusan Pas diserang, tindakan Rafizi itu tidak langsung menjejaskan sama sekali kedudukan parti itu di Selangor, kata Iskandar.

“Di Selangor, Pas, PKR dan DAP mendapat mandat memerintah kerajaan negeri, jadi kita kena penuhi tanggungjawab tersebut,” katanya.
Rafizi mendakwa maklumatnya itu diperolehnya daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB.

Bagaimanapun, Nasharudin menafikan tuduhan Rafizi bahawa ada menerima sebarang bentuk dana daripada anak syarikat 1MDB.
Malah Nasharudin turut menegaskan segala tuduhan Rafizi yang melibatkan beliau adalah tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekas partinya Pas. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana