PAS sedia berdepan dengan pendedahan Rafizi

PAS tidak takut jika Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu mendedahkan nama tokoh yang rapat dengan pimpinan parti itu menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan PAS terbuka mengenai dakwaan yang dikemukakan Rafizi.

"Bagi PAS, kalau dia sebut sumber dari SPRM kita serah pada SPRM. Kita tidak tahu. Orang yang rapat dengan PAS ni, beribu yang rapat dengan PAS. Kita pun tidak tahu siapa dia. Bagi kita, kalau beliau ada kes beliau boleh laporkannya kepada pihak berkuasa.

"Kita tunggu tindakan SPRM. Setakat ini tiada tindakan apa-apa," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Rafizi sebelum ini mendakwa beliau mempunyai maklumat yang menunjukkan aliran dana daripada akaun berkaitan 1MDB kepada “tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS”.

Namun perkara itu dinafikan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Bukan itu saja, Tuan Ibrahim juga memberi amaran kepada Rafizi untuk tidak memburukkan nama PAS dengan menggunakan individu yang hanya kenalan rapat tetapi sedangkan ia tiada kena mengena dengan parti pimpinan Datuk Seri Abd Hadi Awang itu.

"Yang keduanya, dia tidak boleh nak burukkan nama PAS semata kerana orang itu rapat dengan pimpinan PAS. Tak boleh nak kaitkan PAS semata-mata hanya kerana orang tu rapat dengan pimpinan PAS," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar dakwaan yang dibuat Rafizi dan menganggap ianya hanyalah sekadar bagi mengalihkan perhatian rakyat dari perbincangan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.  

"Bagi saya dia hanya nak alih isu dari kegagalan dalam bila tuan guru Presiden bentang RUU355 di tengah kehangatan rakyat dan bincangkan mengenai usul itu. Sepatutnya beliau tidak perlu alih pada isu lain.

"Bagi saya, ini sekadar untuk alih isu sahaja. PAS takkan layan. PAS takkan layan provokasi beliau," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana