PAS KECEWA DENGAN TINDAKAN AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM SENGAJA MELENGAHKAN HADI BENTNG USUL

Ahli Palimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali kesal dengan sikap ahli Parlimen bukan Islam daripada pembangkang, yang dengan sengaja melambat-lambatkan proses pembentangan usul persendirian PAS.
“Kita agak kesal dengan percubaan melambatkan pembentangan RUU 355. Pada saya, sebagai ahli Parlimen kita beri ruang ia dibentang dan dibahas secara harmoni di parlimen.
“Percubaan menggunakan dalih pelbagai peraturan mesyuarat ia hanya beri mesej tak baik kepada rakyat kerana DAP dan PKR juga dapat undi dari kalangan orang Islam,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen petang tadi.
Pagi tadi, pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (Akta 355) oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergendala seketika apabila beberapa ahli Parlimen pembangkang bangun mencelah.
Mereka mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul pembangkang yang lain, namun memberi keutamaan kepada Hadi.
Pandikar kemudiannya menjelaskan beliau diminta kerajaan untuk memberi laluan kepada pembentangan usul Hadi.
Penjelasan itu menyaksikan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mencelah dengan memetik aturan urusan menerusi Peraturan Mesyuarat, sehingga wujud pertelingkahan antara beliau dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.
Selain Kit Siang, turut mencelah adalah Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong), dan Gooi Hsiao-Leung (Ahli Parlimen Alor Setar).
Pandikar bagaimanapun menghentikan pertikaman lidah sesama ahli Parlimen itu dengan mengugut ‘siapa yang mengganggu pembentangan usul Hadi akan dihalau keluar dewan’.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Kit Siang sebagai tidak menghormati hak Hadi sebagai ahli Parlimen.
“Sepatutnya beri ruang kepada perbahasan kemudian buka kepada pengundian. Tidak boleh sekat usul. Saya fikir rakyat boleh menilai sikap DAP, apa yang mereka buat tak sepatutnya berlaku,” tegas Tuan Ibrahim.
Usul meminda Akta 355 adalah untuk meningkatkan had hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan berbanding hukuman sedia ada sekarang yang hanya memperuntukkan penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana