PAS ikut budaya PKR, DAP dan PPBM... Anak Hadi diumum Ketua Pemuda PAS yang baru

Jika PKR ada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah dijawatan utama parti, DAP ada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, PPBM ada Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Mukhriz Mahathir... PAS tak kurang hebatnya.

Anak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil (gambar kiri, gambar kanan Haji Hadi masa muda) diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda bagi sesi 2017-2019, dalam senarai yang dikeluarkan organ PAS Harakahdaily.

Khalil yang juga penyandang Timbalan Ketua, mengisi kekosongan ditinggalkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan berkenaan kerana faktor usia.

Nik Abduh menawarkan diri untuk bertanding AJK PAS Pusat dalam pemilihan kali ini.

Selain jawatan Ketua, Lembaga Pemilihan PAS Pusat turut mengisytiharkan Kharil Nizam Khiruddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua dan Ahmad Fadhli Shaari bagi jawatan Naib Ketua.

Kamal Ashaari dan Dr Riduan Mohd Nor juga diisytiharkan menang tanpa bertanding masing-masing bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

Bagaimanapun pengundian akan dijalankan bagi memilih 12 Ahli Jawatankuasa daripada 14 calon yang bertanding pada muktamar pergerakan itu, akhir bulan ini.

Sementara itu, seperti tradisinya pemilihan barisan kepemimpinan Dewan Ulama PAS bagi sesi 2017-2019 menyaksikan semua calon menang tanpa bertanding.

Ini termasuk Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang menyandang jawatan Ketua Dewan Ulama selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan 2015.

Sebelum pemilihan 2015, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor memangku jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Harun Taib yang meninggal dunia pada 2014.

Jawatan Timbalan Ketua turut kekal disandang Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, manakala Naib Ketuanya dimenangi Datuk Dr Johari Mat, juga menang tanpa bertanding.

Lembaga Pemilihan PAS Pusat turut mengisytiharkan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira dan 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama menang tanpa bertanding.-18/4/2017

Berikut calon-calon Yang Sah Bertanding Bagi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Sesi 2017-2019

PENGERUSI TETAP
1) Hussin Bin Ismail - (Menang Tanpa Bertanding – MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Kamal Bin Shaari, Ustaz - (MTB)

PRESIDEN
1) Abdul Hadi Bin Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. (MTB)

TIMBALAN PRESIDEN
1) Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ustaz Dato’ Hj. (MTB)

NAIB PRESIDEN (3)
1) Idris Bin Ahmad, YB Ustaz Hj.
2) Mohd Amar Bin Abdullah, YB Dato’ Hj.
3) Iskandar Bin Abdul Samad, YB Dato’ Hj. Ar.
4) Nasruddin Bin Hassan, YB Ustaz Hj.

PEMERIKSA KIRA-KIRA
 1) Najib Bin Mat, Hj. (MTB)
2) Mat Syukor Bin Abd. Aziz, Hj. (MTB)

 AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) AJK
1) Riduan Bin Mohd Noor, Dr. Hj.
2) Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato’ Dr.
3) Mohd Nassuruddin Bin Daud, YB Dato’ Hj.
4) Mohd Zuhdi Bin Marzuki, Dr. Hj.
5) Sallehen Bin Mukhyi, YB Ustaz Hj.
6) Razman Bin Zakaria, Hj.
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz Hj.
8) Rosni binti Adam, Dr. Hajjah,
9) Mohamad Sanusi Bin Md. Nor, Hj.
10) Mohd Fadzli Bin Hassan, YB Dato’ Dr. Hj.
11) Najihatussolehah Ahmad, Dr. Hajjah
12) Mokhtar Bin Senik, Ustaz Hj.
13) Abdullah Bin Hussin, YB Ustaz Hj.
14) Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
15) Zaharuddin Bin Muhammad, Ustaz Hj.
16) Norazli Musa, Ustaz Hj
17) Zainal Abidin Kidam, Hj.
18) Mohamad Noor Bin Mohamad, Hj.
19) Mohd Fuad Bin Salleh, Dr.
20) Halimah Bt. Ali, YB Dr.
21) Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi, Dr.
22) Ahmad Bin Yahya, YB Ustaz
23) Kamaruzzaman Bin Mohamad
24) Misbahul Munir Masduki, Ustaz
25) Saiful Bahri Bin Mamat, YB Hj.
26) Azman Bin Ibrahim, Dr.

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan  bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63.

Disemak dan disahkan oleh;
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana