PARTI UNTUK KRONI DAN KUASA MACAM INI LAH!!!!! BELUM PRU14, PARTI BARU SUDAH TERKUBUR?

Baru setahun jagung ditubuhkan, nampaknya sudah ramai ahlinya yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinan ‘kuku besi’ parti mereka. Sedang parti kerajaan sedang giat memperteguhkan kedudukan parti, parti baru itu kian goyah belum reda hingga kini.
Ketika di awal penubuhannya, sudah kedengaran luahan tidak puas hati di kalangan mereka, khususnya akar umbi yang menebalkan muka berkempen meraih sokongan untuk parti baru itu. Biar tanpa logo atau nama, mereka sudah bergerak mencari pengaruh.
Memandangkan majoritinya merupakan bekas ahli dan penyokong parti kerajaan, luahan hati mereka ketika itu sering diluahkan kepada sahabat yang masih setia bersama parti asal mereka. Bila kepimpinan disoal mengenainya, mereka nafi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Kemudian, timbul lagi desas-desus pergeseran di antara kem Pengerusi-Timbalan Presiden dengan kem Presiden pula. Khabarnya, bercakaran sesama mereka hingga ‘tersasul’ di depan khalayak ramai, ‘melatah’ di diding media sosial.
Belum reda kekecohan itu, pecah pula cerita tentang seorang wanita dari ‘pulau’ yang mulanya mendakwa dialah ‘srikandi perang’, tiba-tiba dinafikan kepimpinan parti baru itu. Malu bukan kepalang, dia terpaksa akur dengan sistem ‘diktator’ yang dihidupkan semula di dalam parti berkenaan.
Dan terkini, timbul lagi cerita mengenai akar umbi parti itu yang tidak puas hati terhadap kepimpinan mereka. Katanya, berlaku kronisme dalam pemilihan Ketua Bahagian mereka. Mereka yang bersusah payah diketepikan dan jawatan itu diberi kepada ‘kroni’?
Sebenarnya, dari awal lagi ramai yang sudah memberitahu bahawa majoriti mereka yang menyertai parti baru itu rata-ratanya adalah mereka yang selalu ‘buat hal’ dalam parti asal dahulu. Merekalah yang dikatakan selalu pecah-belahkan perpaduan di Bahagian-Bahagian.
Juga, awal-awal lagi sudah diberitahu bahawa rata-rata merek itu sejarahnya ialah golongan yang kecewa. Sama ada tewas bertanding jawatan di peringkat cawangan dan bahagian, malah ada juga yang memang rasa dialah yang paling layak jadi ketua.
Malah jika dilihat pada salah seorang pemimpin utama parti itu, bukan saja pernah tewas di kedudukan paling ‘corot’ dalam pemilihan Ketua Pemuda, malah bertanding Naib Presiden pun kalah. Khabarnya, kalau dapat jawatan sekalipun dulu hanya kerana nama ‘bapanya’…
Pada hemat penulis, kini barulah kena ‘buku dengan ruas’. Kepimpinan ‘kuku besi’ berdepan dengan golongan kecewa yang mahukan jawatan. Bagi mereka yang dapat jawatan, sudah tentulah tersenyum lebar. Tapi yang tidak dapat jawatan? Merah padam menahan geram?
Mungkin itulah jadinya bila bertindak menubuhkan parti semata-mata demi kepentingan politik peribadi. Gagal menyerlah dalam parti asal dan ditolak akar umbi kerana sikap mereka, kini mencuba nasib dalam parti ‘diktator’?
Tidak sedarkah mereka siapa yang mengepalai parti baru itu? Cuba lihat sendiri corak dia memerintah dulu. Jika Timbalan Perdana Menteri dan Menteri pun takut padanya, inikan pula ahli biasa tahap ‘soldadu’ yang mereka lihat bagai ‘perkakas’ untuk dipergunakan?
Akar umbi parti baru itu patut sedar tentang tujuan sebenar parti itu ditubuhkan. Mengapa anak beranak bagaikan ‘pengapit’ kepada Presiden dan mengapa susunan pemimpin yang dilantik itu bagaikan ‘terpilih’ dari kalangan pihak tertentu sahaja.
Golongan akar umbi itu perlu sedar bahawa mereka itu ‘timun’ dan terpaksa berdepan dengan ‘De Facto’ yang bagaikan ‘durian’. Mereka ‘digolek durian’ dan cuba untuk membalas, ‘timun menggolek durian’? Tidak sedar dirikah mereka?
Saranan penulis, terima sajalah apa saja kehendak ‘durian’ itu. Nasi sudah menjadi bubur dan mungkin memang begitu takdir kedudukan mereka sebagai ‘perkakas’ dan ‘keldai tunggangan’ golongan ‘aristokrat’.
Cuma sebelum ini mungkin ‘ditunggang’ dalam parti kerajaan selama 22 tahun, dan kini bukan saja ditunggang ‘aristokrat’ berkenaan, mereka juga perlu akur jika ‘dipinjam’ untuk ‘ditunggang’ oleh sahabat-sahabat baru yang mereka hentam siang malam dulu.
Apa lagi yang mahu dibisingkan? Terima sajalah. Sudah dijilat kahak-kahak dan lendiran hijau yang diludah sebelum ini. Hendak buat ‘u-turn’, malu pula pada anak isteri dan jiran tetangga. Teruslah duduk tahan malu dalam parti baru itu. Sesal dahulu pedapatan, sesal kemudian tidak berguna, kan?
Mykmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana