Parti 'Konon Bersih' Ezam Rupanya Dicuri Melalui Penipuan

1. Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedang menyiasat permohonan Parti Generasi Baru untuk menukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) berikutan terdapat beberapa dokumen permohonan itu yang menimbulkan keraguan.

2. Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata antaranya termasuk alamat ibu pejabat parti itu yang didakwa lokasi berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menukar nama dan pemilihan kepimpinan parti adalah *milik sebuah kedai jubin.*

3. Menurut Razin, maklumat *dua daripada 12 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dinyatakan dalam EGM berkenaan PALSU* berdasarkan nombor kad pengenalan mereka.

4. Terdapat keraguan berkenaan status keahlian AJK terlibat dan ROS mengambil tindakan dengan menghantar surat berdaftar kepada ibu pejabat parti namun surat tersebut dikembalikan ekoran pemalsuan alamat premis tempat diadakan EGM.

5. Pasukan penguatkuasa ROS telah diminta untuk memeriksa premis berkenaan dan mendapati premis berkenaan BUKAN IBU PEJABAT parti itu.

6. Difahamkan, Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S Gobi Krishnan menghantar permohonan untuk menukar nama parti itu kepada PBR, serta meminda logo, selain mengemukakan senarai kepimpinan baharu parti termasuk Datuk Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Presiden dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.

7. Bagaimanapun, Presiden asal parti itu, Datuk G Kumar mendakwa, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana *TIADA sebarang mesyuarat atau notis dibuat, selain tidak mendapat persetujuan lebih 300 ahli.*

8. ROS akan memanggil saksi berkaitan termasuk AJK yang menghadiri EGM itu untuk memberi keterangan dan jika didapati, parti itu memberi maklumat palsu, mereka akan berdepan tindakan termasuk pembatalan parti. Selagi permohonan untuk menukar nama parti itu tidak diluluskan ROS, nama PBR dan logonya *TIDAK BOLEH* digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana