PARTI BARU BAKAL DITUBUHKAN UNTUK PEMIMPIN KUAT MERAJOK DAN ATAS AGENDA PERIBADI

Difahamkan satu parti baru akan ditubuhkan dalam negara oleh individu-individu kemaruk kuasa dan kuat merojak dalam masa terdekat. Tujuan penubuhan parti ini adalah atas tujuan kepentingan politik peribadi mereka semata-mata. Disebabkan mereka yang kuat merajok ini tidak mendapat tempat dalam parti yang mereka sertai dulu, mereka memilih untuk keluar parti dan menubuhkan parti sendiri.

Apa yang pasti mereka ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin buangan daripada parti yang pernah mereka sertai dahulu dalam UMNO, PKR dan PPBM. Oleh itu tidak mustahil untuk kita dengar khabar cerita lompat parti melibatkan individu seperti Mohamad Ezam yang keluar PKR dan menyertai UMNO dan kini tiada parti manakala Khairuddin Abu Hassan pula keluar UMNO menyertai PPBM dan keluar PPBM serta ingin sertai DAP.

Namun yang demikian lain pula cerita yang bakal berlaku nanti, kali ini individu-individu yang kuat merajok dan tidak puas hati ini pula merancang untuk menubuhkan parti baru dengan berpaksikan Pakatan Pembangkang. Tujuan parti baru ini juga adalah untuk menagih beberapa kerusi daripada Parti Pembangkang supaya mereka boleh bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Apa yang jelas, perancangan penubuhan parti ini sebenarnya didalangi oleh seseorang yang berpengaruh di Malaysia untuk mendanai parti baru ini bagi mengerakkan operasi parti baru itu nanti. Kita semua sedar dan tahu bahawa Ezam adalah seorang yang tidak berkemampuan manakala Khairuddin pula seorang yang muflis, mana mungkin untuk mereka boleh mencari dana dalam masa terdekat bagi mengerakkan parti baru mereka nanti kecuali ada seseorang yang membelakangi parti itu secara senyap dan halus.

Di sini kita tahu bahawa Ezam dan Khairuddin punya hubungan yang baik dengan Tun Dr. Mahathir dan adalah tidak mustahil dana parti baru ini datangnya dari kumpulan pro Tun M. Dengan adanya parti baru ini, PPBM boleh mengambil kesempatan ke atas parti baru ini bagi menyokong PPBM. PPBM sedar bahawa DAP punya AMANAH sebagai 'back up' jesteru itu PPBM juga mahu sebuah parti untuk menyokongnya dari belakang semasa berada dalam pakatan pembangkang. Jelas sekali, bila seseorang itu kuat merajok dan tidak mendapat tempat dalam sesebuah parti, mereka sanggup lakukan apa saja untuk survival politik mereka. Semua kerana kuasa, wang dan jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana