PANDIKAR BAKAL BERTANDING DALAM PRU14?

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyatakan kesediaan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Pandikar berkata, beliau mempunyai pengalaman yang cukup untuk kembali dalam arena politik selepas sembilan tahun memimpin Dewan Rakyat.

Katanya, persoalan sama ada beliau bertanding di peringkat DUN atau Parlimen bagaimanapun terletak kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

“Saya rindu politik. Saya bukanlah masih muda tetapi tidak terlalu tua untuk bersara, saya bersedia daripada segi mental dan fizikal.

“Selama sembilan tahun di Dewan Rakyat mengajar saya banyak pengalaman, hujah-hujah yang tiada fakta serta urusan pentadbiran ada dalam pengalaman saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia dalam pelancaran Program Jelajah Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) di sini hari ini.

Pandikar yang juga Presiden USBO mengetuai pemimpin-pemimpin USBO negeri dalam rombongan sebanyak 115 kenderaan menjelajah seluruh negeri bagi menjelaskan tentang isu-isu semasa negara. -AP
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment