PAN pengkhianat sebenar Pas

DALAM mana-mana parti politik akan ada ‘Abu Jahal’nya.

Dalam tampil juga dengan persoalan sama ada hendak atau tidak melihat Pas bersekutu dengan UMNO, mereka yang meraguinya harus mendukung matlamat perpaduan Melayu.

Pimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan luhur jika menyambut olahan kerjasama Pas-UMNO.

Sekarang ini orang Tionghua pun mula bercakap di kedai-kedai kopi tentang penyatuan dalam kalangan mereka. Dan kalaulah Pas ketika ini berasa telah dikhianati oleh serpihannya PAN, parti itu harus segera muncul mengemukakan perjuangannya yang berlandaskan al-Quran serta mendahulukan orang Melayu.

Realitinya siapa pengkhianat sebenar Pas? Renungkan olahan ini:

1. Adakah PAN akan wujud andai Presidennya, Mohamad Sabu tidak kalah perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Jun 2015? Tapi mujurlah Mohamad Sabu tewas, malah kalah teruk sekadar raih 279 undi berbanding 881 undi diperoleh pencabar­nya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

2. Kesemua pemimpin PAN sedia ada menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) atas tiket Pas. Tetapi malangnya berpaling tadah dan menggigit balik jentera pilihan raya Pas yang memberi mereka kemenangan.

Mereka ini perlu menjawab kepada ahli Pas:

Datuk Dr. Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr. Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja), Dr. Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).

Lima lagi adalah ADUN iaitu Datuk Seri Dr. Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

3. PAN berhajat besar menjadi pengganti Pas tetapi tidak kesampaian. Andai sebilangan 13 calon PAN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei 2016 menang, PAN pasti mendabik dada. Malang kesemuanya gagal termasuk sembilan hilang deposit.

Pada Jun 2016, PAN cuba mencalar imej Pas di Selangor dengan meletak calonnya se­rentak dengan Pas berdepan BN, tetapi tewas juga. Andai PAN menang, Khalid Samad pasti akan memperlekehkan Pas dan menuntut tiga exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor letak jawatan.

4. Penasihat PAN Kelantan, Datuk Husam Musa dahulu dikenali ‘ayam tambatan’ Pas. Kini tidak layak ‘memperbe­tulkan’ Pas termasuk isu Rang Undang-Undang Akta 355. Sejak menyertai PAN 30 Ogos 2016, Husam sering menyerang Pas serta menguar-uarkan kesedia­an PAN mengambil alih Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana