PAN DAN PPBM AKAN BERKONGSI KERUSI...KITA TUNGGU DAN LIHAT

Hasrat Amanah untuk bertanding dalam semua kerusi milik PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin tidak kesampaian, demikian kata Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan hari ini.
Menurutnya, ini berikutan kesemua 73 kerusi yang dipertandingkan PAS pada pilihan raya (PRU) lalu bakal dikongsi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU kali ini.
“Amanah sendiri akan bertanding dalam kerusi yang PAS bertanding dulu, tetapi dengan kemasukan Bersatu (PPBM) ini pula, kita akan tengok juga kerusi-kerusi yang kita kira, yang perlu untuk kita berikan pada parti Bersatu (PPBM) ini.
“Dengan kehadiran Bersatu ini, bukan sahaja Amanah tetapi PKR dan mungkin DAP juga akan melepaskan beberapa kerusi untuk diserahkan untuk ditandingi oleh Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan kepada portal Antarapos.
Beliau turut menambah, angka itu akan dikurangkan kerana mengambil kira kawasan DUN atau Parlimen di mana jika majoritinya adalah Melayu, ia mungkin sesuai diberikan kepada Bersatu.
Sany dalam kenyataan sama turut tidak menafikan terdapat pertindihan dalam kerusi seperti yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih dalam proses perbincangan di antara ahli jawatankuasa keempat-empat parti dan segalanya akan diselesaikan di meja rundingan.
“Sebab sekarang ni proses berlaku di peringkat jawatankuasa, pembahagian kerusi, kalau ada kerusi-kerusi yang bertindih, jika mereka tidak selesai di peringkat jawatankuasa teknikal, kerusi ni akan naik satu step lagi mungkin diperingkat tertinggi di antara parti-parti,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Dr. Shaharuddin Baharuddin dalam satu kenyataan tidak memaklumkan jumlah kawasan yang bertindih memandangkan ia masih dalam proses perbincangan.
“Pertindihan kerusi memang ada, jadi proses ini proses diplomasi, masih berjalan, proses negosiasi masih berjalan. Jadi tidak semuanya muktamad sampai pilihan raya akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana