Pak Lah Puji Najib

Tun Abdullah Ahmad Badawi memuji kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan krisis diplomatik dengan Korea Utara sehingga sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Pyongyang, selamat pulang ke tanah air.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri dan pernah menerajui Kementerian Luar menyifatkan usaha tersebut sebagai kejayaan dan dilakukan demi kebaikan rakyat serta negara.
"Saya anggap ia satu usaha yang bawa kepada kebaikan dan satu kejayaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku terbitan baharu dan karnival ulang tahun ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini Jumaat.
Sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Pyongyang susulan krisis hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara akhirnya tiba di tanah air, awal pagi Jumaat.
Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) pada 5.03 pagi dan disambut ahli keluarga masing-masing.
Mereka ialah Setiausaha Duta, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan, Pegawai Tadbir, S. Nirmala Malar, 45, Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md  Zain, 37, isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.
Najib menerusi laman blognya, najibrazak.com pada malam Khamis memaklumkan sembilan  rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.
Perdana Menteri dalam catatan twitter miliknya berkata "Alhamdulillah Pesawat Khas membawa pulang 9 rakyat  Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir."
Susulan perkembangan itu, Najib berkata, Malaysia kini membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan  negara ini.
Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.
Jong-nam, 46, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita asing  semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di KLIA2.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana