NETIZEN ANGGAP RAFIZI RAMLI ‘BLOODY FOOL’

Baru saja Speaker membenarkan Tuan Guru Hadi Awang membentangkan RUU Akta 355 DAP, PAN dan PKR terus menggasak Ahli Parlimen Marang itu. Lim Kit Siang paling lantang menunjukkan siapa dirinya sebagai seorang Anti Islam! Mereka bangkit menggunakan hujah peraturan mesyuarat dengan membuat kecoh untuk melengahkan pembentangan sehingga 35 minit dalam Sidang Dewan Rakyat!

Apakah kaitan RUU355 ini dengan Bukan Islam? RUU355 hanya untuk orang Islam. Mengapa pula DAP dan puak-puak bawa telunjuknya seperti MP Parti PAN turut kepanasan?

RUU 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989].

Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.

Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan.

Isunya mengapa Lim Kit Siang dan DAP sejak pindaan 1984 hingga 1997 tidak pula membantah sebagaimana pindaan tahun 2017 ini. Mereka akur saja demi orang Islam. Tidak pula ketika itu Ahli Parlimen bukan Islam sama ada BN atau DAP meloncat-loncat seperti monyet terkena belacan!

Jawapanya Lim Kit Siang dan macai DAP meroyan apabila buat kali pertama pindaan pada tahun 2017 RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh yang berhormat anggota parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.

Tidak ada isu sama ada RUU itu dibawa oleh kerajaan ataupun secara persendirian selagi Speaker menggunakan kuasanya membenarkan sesuatu usul atau RUU. Terpulang kepada Ahli Parlimen membahas dan menyokongnya.

Yang menjadi isu ialah bagaimana Ahli Parlimen Islam dari Pakatan ‘Bloody Fool’ bersengkongkol dengan DAP. Entah apa dalam fikiran MP Islam seperti Khalid Samad, Mujahid Rawa, Rafizi Ramli, Raja Bahrin dan Johari Abdul apabila menentang RUU355. Paling lantang ialah Khalid Gereja sehingga dalam dewan terpeking terlolong!

Dalam entri Rafizi Ramli di Facebooknya tidak sedikit kecaman netizen buat Rafizi apabila Rafizi membuka topik RUU355. Mahu kejar simpati tetapi maki yang dia perolehi.

Seorang dari Netizen dalam Facebook Rafizi menyelar Rafizi

Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik,” kata pengguna Facebook Idham Aries.

Apapun Tahniah buat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berjaya mengawal pembentangan RUU355. Kata Tan Sri

“If you are in power you are powerful, if you dont use your power you are bloodyfool,”

Ternyata Ahli Parlimen Pakatan seperti DAP dan Ahli Parlimen Islam dari Pakatan adalah Pakatan Bloody Fool!. Bacul menentang Islam ikut telunjuk DAP!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana