NAJIB LAWAN MAHATHIR ADALAH UNTUK PENGGANTI BELIAU

Apakah akan berlaku selepas ini? Itu yang ramai orang akan bertanya berkenaan perang saudara sesama ahli UMNO yang dahulu melibatkan timbalan presidennya bersepakat dengan bekas presiden untuk menggulingkan presiden semasa. Namun kini semua telah terjawab apabila team yang bersekongkol itu adalah team yang tamak serta kuasa luar juga turut masuk campur dengan memihak kepada puak anarki.

Jika di lihat dari sudut yang jujur, maka kita akan dapat melihat Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak sedang berhadapan, bukan sahaja musuh luar yang tidak pernah penat dan jemu mahu menjatuhkan kerajaan berpaksi Melayu Islam, bahkan juga mereka yang pernah menikmati kuasa dan kekayaan melalui kerajaan Melayu Islam ini.

Kalau di lihat dari sudut lebih mendalam, maka orang yang berfikir akan bertanya kenapakah individu yang bergelar Presiden UMNO ini amat berani menentang dan berhadapan bukan sahaja dengan musuh luar tetapi dengan orang yang paling pernah di hormati dan di sanjung rakyat Malaysia iaitu Tun Drr Mahathir Mohamad?

Penakut, tidak bertelur, nowhere2hide, semua itu gelaran yang di beri kepada Mohd Najib, tetapi hakikatnya watak penakut, tidak bertelur inilah yang sedang bersaing dengan watak terhebat yang dijulang, diampu dan diratib pada mulut setiap hari (Mahathir) oleh sesetengah mereka.

Watak berani lawan Yahudi, kafir, Amerika dan segala musuh Islam berakhir dengan bertembung musuh yang di katakan lembik tidak bertelur dan penakut juga.

Itulah taraf musuh yang di beri oleh Allah kepadanya di waktu-waktu usianya yang terakhir ini.

Kamelut dewasa ini menampakkan Presiden UMNO Mohd Najib enggan akur kepada kehendak peribadi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas sebab demikian dia diserang dengan menggunakan fitnah 1MDB dan derma RM2.6 bilion sebagai alat.

Tidak dinafikan mantan Perdana Menteri beruntung mendapat sokongan ramai rakyat, namun bukan semua rakyat tahu kisah di belakang tabir, kisah perbualan 2 insan di dalam sebuah bilik.

Permohonan tidak bertulis dan kehendak tidak bertandatangan daripada Mahathir yang di hadapi oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri ini amat berat untuk dilaksanakan, bahkan boleh di tanya kembali kenapa ia tidak di laksana sepanjang 22 tahun mantan itu berkuasa sebagai Perdana Menteri? Tidak berani buat atas nama sendiri tapi mahu menyuruh yang menggantinya pula melakukan ‘kerja jahat’ itu?

Mantan Perdana Menteri terdahulu Abdullah Ahmad Badawi juga enggan melaksanakan apa yang diminta Mahathir, bagi beliau lebih baik dia turun jawatan atau lepaskan jawatan dari melakukannya.

Apakah ia yang berat untuk di laksanakan itu?

Biarlah ia tinggal sulit dan tertutup, dan ucap terima kasihlah kepada Abdullah Ahmad Badawi dan juga Perdana Menteri waktu ini kerana masih menutup aib Mahathir serta memikirkan kepentingan UMNO terlebih dahulu dari kepentingan peribadi seseorang.

Tambah lagi seseorang telah di war warkan sebagai hero Islam dan Melayu, biarkanlah terkenal sebegitu dari mengejutkan rakyat akan hal sebenar yang mereka tidak ketahui.

Jika di khabarkan (aib terbuka), masyarakat tidak akan menerimanya kerana telah di sudukan dengan cerita kebagusan lebih dari 30 tahun, bahkan sesiapa yang mendedahkan rahsia itu pastinya akan di ejek dan di hina oleh Mahathir.

Ini di tambah pula permohonan peribadi tidak di iringi dengan permohonan bertulis dan bertanda tangan hanya secara mulut, lalu dia akan tampil dan berkata “kemukakanlah bukti jika saya ada minta itu”.

Apa yang penting adalah institusi UMNO mesti kukuh. Presidennya mesti di pertahankan dari di jatuhkan atas sebab kehendak individu.

Apa guna miliki ahli yang ramai jika Presiden boleh tumbang hanya atas sebab kehendak seseorang?

Tambah pula alasan untuk menurunkannya adalah dengan penuh tipu helah dan tuduhan ciptaan semata mata di mana sehingga kini hanya berbentuk soalan dan tiada pembuktian.

Jika soalan boleh menjatuhkan seseorang Presiden, maka yang 22 tahun itu sudah lama jatuh atas sebab yang sama.

Kini Perdana Menteri Najib berfungsi sebagai penepis serangan kepada UMNO dan institusi Presidennya.

Najib perlu bertahan demi maruah serta kedudukan Presiden UMNO akan datang dan selepasnya.

Jika Najib berjaya, maka Presiden UMNO selepas ini tidak lagi perlu ikut kata individu dan tidak boleh di ugut sewenang wenangnya oleh pihak lain, termasuklah oleh para kroni berbangsa cina belaan Mahathir selama 22 tahun dahulu.

Selepas bekas orang nombor 2 dalam UMNO iaitu Muhyiddin Yassin memilih untuk belot dari berteduh di bawah dahan institusi Presiden UMNO, maka hilanglah sudah saki baki pembelot dan pemuja individu dalam keluarga besar UMNO.

Yang tinggal sekarang diyakini sebagai mereka yang percaya terhadap peri pentingnya institusi Presiden UMNO itu dipertahankan. Kerana mereka sendiri bakal menjadi Presiden UMNO menggantikan Najib dan sudah pasti mereka juga tidak mahu senasib dengan Najib iaitu difitnah, ditohmah dan mahu dijatuhkan oleh sang mantan.

Diolah kembali oleh KAKI PALU

Kakipalu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana