MUHYIDDIN IKUT TELUNJUK KIT SIANG – SALLEH

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menjadi ‘pak turut’ kepada DAP yang sememangnya terlalu berkuasa dalam Pakatan Harapan (PH), tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Salleh, menerusi catatan terbaru blognya berkata, tindakan Muhyiddin jelas memberi gambaran bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi laluan kepada DAP menerajui kepemimpinan negara jika PH berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan.

“Muhyiddin kata tidak ada masalah untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Ini sama seperti apa yang pernah dikatakan oleh (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Faktanya, sesiapa yang menjadi perdana menteri adalah ditentukan oleh DAP memandangkan parti itu adalah sebuah organisasi terbesar dalam pakatan itu ,” kata Bendahari UMNO itu.

Untuk rekod, pada 2008, DAP memenangi 28 kerusi Parlimen, manakala pada PRU-13, parti itu memperolehi peningkatan sehingga 10 kerusi.

Dalam pada itu, Salleh turut mengongatkan bahawa dengan hanya satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN parti diasaskan oleh Tun Dr Mahathir tidak boleh berbuat apa-apa selain ‘kow tow’ atau menyembah DAP.

“Muhyiddin dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk memudahkan perjalanan DAP serta tidak akan mengecewakan Lim Kit Siang.

“PPBM memerlukan DAP, lebih daripada DAP memerlukan PPBM.

“Ini bermakna Muhyiddin tiada bantahan terhadap DAP yang berada di tempat duduk pemandu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana