Mudahnya Pembangkang, Semuanya Salah Najib

Jika ada sesiapa yang mengikut arus politik negara, pasti akan terperasan bagaimana mudahnya pembangkang di negara ini meletakkan kesemua masalah dan kesalahan keatas bahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sebutlah apa jua masalah, pasti nama beliau yang akan muncul di bibir pembangkang di negara ini.

Hari ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub mendakwa, pihak Polis DiRaja Malaysia sengaja membatalkan permit yang dikeluarkan bagi membolehkan debat antara Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad di adakan. Dakwanya, pihak polis bertindak hasil daripada arahan daripada Datuk Seri Mohd Najib.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Salahuddin mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib bimbang kesan perdebatan itu akan menelanjangkan bagaimana penglibatan beliau dan kroninya dalam isu Skandal 1MDB. Dakwanya lagi, Mahathir bukan sahaja akan mendedahkan fakta sedia ada berkaitan 1MDB tetapi Mahathir juga akan mengemukan bukti-bukti terkini yang beliau terima.

Menerusi kenyataan berkenaan, beliau yakin, debat berkenaan akan meyakinkan rakyat bahawa Datuk Seri Mohd Najib mengamalkan kleptokrasi terhadap dana awam bagi kepentingan peribadi dan keluarga beliau. Hebat bukan cara pemikiran Salahuddin? Acara debat berkenaan dibatalkan atas arahan Perdana Menteri yang kini berada di India dalam lawatan kerja di sana.

Nampaknya, Salahuddin betul-betul terkeliru dengan banyak fakta tentang debat ini. Pembatalan debat ini diambil oleh Ketua Polis Selangor setelah mendapat sekurang-kurangnya 18 laporan polis di buat berhubung debat berkenaan. Diisamping itu, pihak polis bimbang akan kemungkinan berlaku sebarang ketegangan hasil daripada debat ini.

Paling utama, Salahuddin mungkin tidak sempat untuk membaca laporan akhbar atau mana-mana portal berita yang secara jelas melaporkan, 1MDB sudah melangsaikan segala hutang piutangnya. Malah, selama ini, 1MDB telah disiasat oleh banyak pihak dan telah terbukti, langsung tiada penglibatan dalam sebarang urusan Datuk Seri Mohd Najib dalam syarikat berkenaan.

Lebih melucukan, kenapa Datuk Seri Mohd Najib mahu membatalkan debat berkenaan kerana debat berkenaan diadakan antara Datuk Seri Mohd Nazri dan Mahathir yang langsung tiada kena mengena dengan beliau? Beliau sendiri kini berada di India dan beliau langsung tidak berminat untuk mengetahui hasil debat berkenaan.

Adakah ini cara pemikiran pembangkang? Apa yang berlaku di dalam negara semuanya disebabkan oleh Datuk Seri Mohd Najib. Tidakkah Salahuddin mahu menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib tentang makanan lazat yang dia nikmati setiap hari? Tidakkah Salahuddin mahu menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib sehingga mampu menjadi pemimpin PAN? Bagaimana pula segala harta yang dikumpul olehnya? Tidak mahu salahkan Datuk Seri Mohd Najib jugakah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana