MP pembangkang bagai lembu dicucuk hidung

Ahli Parlimen Islam dalam pakatan pembangkang bagai lembu dicucuk hidung apabila seperti ‘terpukau’mengikut telunjuk DAP untuk menolak pindaan RUU355.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebenarnya tiada sebab ahli parlimen Islam pakatan pembangkang menolak pindaan RUU355 kerana bertujuan untuk memartabatkan dan memperkasakan perlaksanaan undang-undang Islam di Mahkamah Syariah.

“Tidak sepatutnya mereka mengikut telunjuk DAP. Penolakan RUU 355 ini kalau kita tengok diketuai oleh DAP. Kita tengok parti-parti lain dalam pakatan pembangkang tiada kuasa walaupun ada parti yang dikatakan Islam seperti PAN.

“Tidak ada sebab untuk mereka tidak menyokong RUU355 kerana ini undang-undang syariah untuk orang Islam dan bukan ada kena mengena bukan Islam pun. Kalau semua MP beragama Islam menyokong RUU 355 tidak ada isu pun kita tak boleh nak luluskan pindaan,” katanya.

Apa yang dikesalkan, Ismail Sabri menyifatkan penolakan MP Islam terhadap pindaan RUU355 ini adalah bukan hasil keputusan mereka bersama, sebaliknya ia keputusan yang diketuai oleh pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.

“Saya percaya ini bukan keputusan mereka tetapi di belakang mereka ada suara yang dikuasai DAP. Sebab itu mereka menolak RUU355 kerana patuh pada Lim Kit Siang dan DAP.

“Itulah ahli-ahli Parlimen Islam di dalam PKR pun ada, dalam DAP, begitu juga PAN dan PPBM tidak menyokong sebab apa bukan suara mereka, tapi lebih ikut telunjuk Kit Siang walaupun saya percaya dalam hati mereka menyokong sebagai orang Islam, katanya.

Justeru itu, Ismail Sabri berharap rakyat Malaysia dapat menilai baik dan buruknya pakatan pembangkang ini terutamanya jika mereka dapat memegang tampuk pemerintahan Malaysia nanti.

“Jadi kita boleh dapat gambaran jelas bagaimana pakatan pembangkang ini dikuasai oleh Kit Siang dan DAP. Inilah gambarannya semuanya menjadi ‘remote control’ Kit Siang. Parti-parti dalam Pakatan Harapan ini semua menjadi kuda-kuda DAP,” jelasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana