MELENTING SAKAN PUAK PENTAKSUB MAHATHIR APABILA KONTRAK F1 TIDAK DISAMBUNG.!

Penamatan kontrak perlumbaan Formula 1 di Sepang International Circuit (SIC), mendapat pelbagai reaksi. Bagi kalangan pentaksub Mahathir, kemarahan kerana penamatan kontrak perlumbaan tersebut, bermakna satu lagi legasi gemilang Mahathir dihapuskan oleh Najib Abdul Razak. Dan seperti biasa, mereka yang sentiasa berfikiran negatif terhadap Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia itu telah membazirkan kewujudan Sepang International Circuit.

Alasan mereka, kerana Formula 1 dan SIC maka, negara telah terkenal di seluruh dunia. Ramai pelancong berbondong-bondong datang ke negara ini terutama pada giliran Formula 1 di SIC. Bagaimanapun, alasan mereka, seperti biasa jugalah, sekadar bersifat HEARSAY tanpa sebarang data yang menyokong, manakala data-data yang tertera pula menunjukkan sepanjang penganjuran Formula 1 di SIC, Malaysia telah kerugian ratusan juta ringgit yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat bukannya segelintir orang seperti dalam isu SIC dan Formula 1.

Hakikatnya dari setahun ke setahun, jumlah tarikan ke atas F1 dan faktor-faktor pemangkin ke atas kedatangan pelancong ke negara ini, semakin menurun. Ramai pelancong datang ke sini kerana faktor-faktor lain dan tidak kena-mengena dengan F1 termasuklah tarikan Rumah Kedua. Pelancong-pelancong untuk F1 itu sendiri, menurun dengan teruk sehingga memaksa Kerajaan memaksa GLC-GLC membeli tiket-tiket perlumbaan untuk membuktikan, F1 di Malaysia mendapat sambutan hangat.

Ironinya, puak-puak yang kuat menentang pembatalan kontrak F1, adalah golongan yang tidak pernah menonton perlumbaan F1 di SIC, malah siaran langsung di televisyen juga tidak pernah ditonton. Hanya kerana ianya legasi Mahathir dan alasan yang diberikan, F1 menarik pelancong walaupun tidak disokong oleh sebarang data, melainkan teori yang cuba disandarkan kepada iklan Coca-Cola di tepi jalan.

Bagi pihak kerajaan, alasan penamatan kontrak Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia setelah tamat pada 2018 adalah kerana pulangan yang amat mengecewakan. Ini adalah kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak lebih RM300 juta setahun untuk F1 tetapi nilai pulangan untuk perlumbaan itu adalah kurang daripada apa yang dibelanjakan.

Bagaimanapun, penganjuran MotoGP tidak akan dimansuhkan memandangkan jumlah pelancong yang masuk ke negara ini kerana MotoGP, bahkan para penonton di SIC juga semakin bertambah. Ini adalah kerana berbanding F1 di mana Malaysia gagal menampilkan pelumba F1 berkualiti semenjak Malaysia menganjurkannya pada 1999, sekurang-kurangnya dua orang pelumba tempatan mendapat tempat cemerlang di MotoGP.

November tahun lepas, Singapura telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan F1 selepas kontrak mereka tamat tahun 2017. Singapura melaporkan, jualan tiket F1 tahun 2016 adalah yang paling rendah semenjak 2008 dengan penurunan sebanyak 15% di mana purata 73,000 orang penonton setiap hari dan keseluruhan 219,000 penonton hadir di Litar Jalan Marina Bay sepanjang 3 hari perlumbaan.

Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali pula dilaporkan berkata, jualan tiket F1 merosot teruk semenjak 2014 dan laporan awal menunjukkan kadar tontonan perlumbaan F1 di televisyen Malaysia juga mencatatkan jumlah yang paling rendah dalam sejarah penganjuran pada tahun 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana