"MANA PERGINYA 'SILAT' RAFIZI, MUAY THAI AZMIN DAN KUNG FU ANTHONY LOKE?"

HEBOH dan hiruk pikuk dibuatnya lohong politik negara dengan penahanan Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah baru-baru ini.

Adam, 30, dikaitkan dengan kekayaan luar biasa mendadak sedang menghadapi pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes penggubahan wang haram.

Bukankah itu menarik untuk `dikupas’ oleh ahli dan penyokong pakatan pembangkang? Tapi kenapa Rafizi Ramli, Anthony Loke dan Ronnie Liu serta Teresa Kok diam membatu, membisu seribu bahasa.

Kes melibatkan Adam sudah masuk mahkamah. Maka sepatutnya berdegar-degarlah pembangkang mencanang isu itu untuk membuktikan mereka telus dan `berwibawa’. Tetapi hampas belaka.

Kena batang hidung sendiri tahu pula berselindung.

Tetapi apabila sesuatu dakwaan melibatkan individu yang dikaitkan dengan Barisan Nasional, tahu pula pembangkang `bersilat’.

Dan beria-ria menguar-uarkan walaupun dakwaan itu hanya setakat spekulasi, khabar angin, `tempias’ atau sipi-sipi sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah “divert’ isu membabitkan Adam dengan baru-baru ini menyebarkan twitter palsu membuat spekulasi adanya Menteri Kanan yang akan meletak jawatan.

Kononnya atas 1MDB. Ternyata Azmin sedikit berjaya untuk mengalihkan isu tersebut walhal isu rasuah pegawainya dan proksinya Adam sedang berlaku. Itulah Azmin Ali. Sama ada dia tidak menjawab isu atau dia akan “divert” isu.

Dalam kes Adam, nama Azmin paling banyak dikaitkan kemungkinan terlibat dalam beberapa kes rasuah dalam negeri Selangor seperti yang pernah didedahkan Rafizi.

Azmin pun belum lagi menafikan semua tuduhan Rafizi ini. Benarkah Azmin benar terlibat? Ini kerana Adam Rosly dikaitkan menerima kekayaan luar biasa yang dikatakan berpunca daripada projek projek yang ada di Selangor.

Seorang lagi yang kecut perut dengan penahanan Adam tentu sekali adalah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai “Mak Lampir”.

Adam dianggap Zuraida macam anak sendiri dan dilantik sebagai pegawai khasnya. Apabila Adam ditangkap, terus Zuraida mengaku tidak kenal Adam. Pelik bukan?

“Dia bukan pegawai khas saya dan juga tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor,” kata Zuraida.

Nampak gelabah benar kerana sebaik ditahan, terus Zuraida ‘cuci tangan’ dan menjauhkan diri dari Adam.

SPRM turut menyita banglo bernilai RM1.2 juta milik Adam di Ampang yang dibeli dengan wang tunai.

Jika dokumen dan transaksi yang diberikan oleh Adam adalah palsu dan kemudian, kereta-kereta yang dimiliki Adam pun milik orang lain, maka wang siapa sebenarnya yang digunakan Adam untuk beli banglo secara “cash”?

Wang siapa yang diguna untuk beli deretan kereta kereta mewah?

Rafizi, Mohamed Azmin, Anthony Loke, Ronnie dan Teresa kena jawab semua persoalan ini, jangan mengambil sikap berdiam diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana