MANA MAHATHIR, TAKNAK TUDUH MALAYSIA DIJUAL KEPADA INDIA PULAKAH?

KEHEBATAN Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri telah terbukti apabila berjaya membuat kerjasama pelaburan mencecah RM144 bilion dengan negara China di akhir tahun lalu.
Namun kehebatan berkenaan dicemuh dan difitnah oleh Dr Mahathir Mohamad dengan katanya Perdana Menteri mahu menjual negara kepada China.
Maka berpusu-pusulah para pembenci Najib dan pendokong fahaman Dr Mahathir turut menyerang kepimpinan negara. Bagi mereka, benarlah bahawa Najib sedang mahu menjual negara kepada China.
Najib tetap memekakkan dirinya dan tidak melayan karenah fitnah yang dilontarkan keatas dirinya itu.
Beliau terus mencari peluang baharu untuk di bawa masuk ke Malaysia. Apabila Saudi Aramco bersetuju melabur di Petronas Pengerang, tidak pula Dr Mahathir dan para pendokongnya menuduh bahawa Arab Saudi sedang membeli Malaysia?
Dr Mahathir terpaksa tutup mulut kerana dia sudah terkasima dan kesipuan apabila tindakannya memfitnah Najib mahu menjual negara akhirnya disanggah pelbagai pihak, termasuklah rakyat jelata.
Maka, serangannya itu kembali memberi imej negatif kepada dirinya semula.
Kini apabila Najib sudah pula membawa masuk RM162.37 bilion dari India, kenapa pula Dr Mahathir berdiam diri? Takut hilang sokongan dari fitnah yang tidak menjadi itu?
Atau kerana India itu adalah negara asal nenek moyangnya, maka Dr Mahathir malu untuk memfitnah Najib? 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana