Maksud ‘Anak Butir Tahi PAP’

Dalam kenyataan jelas mahu mempertahankan presiden PAS, Anggota Parlimen Kuala Nerus tampil memberikan maksud “anak butir tahi” yang dinisbahkan kepada DAP malam kelmarin.
Menurut Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, istilah berkenaan merujuk kepada perumpamaan mengikut loghat Terengganu.

Ia kata beliau menjelaskan sifat “anak didik yang saling tidak tumpah” dengan gurunya.
Kata Khairuddin, perlambangan itu juga merujuk kepada sikap anak didik itu yang mengikut telunjuk gurunya walaupun pada perkara keburukan.

“Anak butir adalah perumpamaan dalam loghat Terengganu merujuk kepada anak didik seseorang. Anak butir tahi pula merujuk kepada anak didik yang saling tidak tumpah dengan gurunya dan mengikut telunjuk gurunya walau pada perkara keburukan,” tulis beliau di Facebook sebentar tadi.
Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS berkata, DAP memang “anak butir tahi” Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana menyambung legasi perjuangan pertubuhan Singapura itu selepas ia keluar dari Malaysia.

“Adakah DAP menerima hak istimewa Melayu? Adakah DAP menerima Islam agama persekutuan? Adakah DAP menerima kedudukan dan kedaulatan raja-raja Melayu?” katanya.
Penjelasan Khairuddin mengaitkan ucapan pemimpin PAS dengan perumpamaan Terengganu itu bukanlah kali pertama.

Sebelum ini beliau menjadi perhatian ramai apabila dalam ucapannya mengenai rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 mengecam pengkritik usul berkenaan.

Dalam ceramahnya itu, Khairuddin mencadangkan supaya pengkritik rang undang-undang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu perlu disekeh kepalanya.
Bagaimanapun, beliau kemudian bertemu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dalam pertemuan yang dianggap penuh mesra dan harmoni.
Khairuddin juga mengatakan istilah “sekeh” yang disebutnya itu sekadar bidalan orang Terengganu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment