MAIII BACA!!!!! ‘KUASA DAN KEKAYAAN MEREKA DIGUNA UNTUK BELI CAI MELAYU’

Ridhuan Tee: Kuasa dan kekayaan mereka diguna untuk beli cai Melayu

“Ultra kiasu sudah menguasai ekonomi sepenuhnya. Tetapi masih belum cukup. Mereka mahu segala-galanya, terutama kuasa politik,” kata Ridhuan Tee dalam kolum Sinar Harian beliau hari ini.
Menurut Ridhuan, PRU14 adalah perjuangan hidup mati di mana mereka amat mengharapkan kemenangan. “Malah, mereka sudah bersedia dengan segala kelengkapan perang.”

‘Mereka’ puak ultra kiasu yang dirujuk Ridhuan adalah “dalam kalangan Kristian Evangelis yang sedang menguasai BN atau Pakatan”

Melayu jenis apa yang rela bersekongkol dengan musuh Islam?

“Evangelis amat bahaya,” pesan Ridhuan kepada para pembacanya.
Beliau mengingatkan umat Islam bahawa evangelis cemburu kerana kepentingan mereka dijejaskan oleh keistimewaan Islam dan kedudukan orang Melayu yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

Ridhuan juga menjelaskan bagaimana sifat evangelis yang anti-Islam telah mendorong mereka untuk memusuhi dan memecah-belahkan PAS sehingga tertubuhnya parti serpihan PAN.Yang mereka suka ialah Melayu Islam jenis liberal yang sanggup “mencanangkan diversiti agar negara ini tidak ada identiti Islam dan Melayu”, sambungnya lagi.

Si Kitol — ‘senjata sulit’ dalam kempen pilihanraya ultra kiasu

Dengan strategi mahu jauhkan Melayu dari Islam, pencacai-pencacai liberal (Melayu Islam yang digaji) parti ultra kiasu sedang berusaha memujuk masyarakat Melayu supaya tidak mengundi Umno dan PAS nanti, kata Ridhuan.

Tambah beliau, Melayu moden yang boleh diajak untuk “memperjuangkan pluralisme dan liberalisme” akan disasarkan sama ada “diambil bekerja di syarikat mereka” ataupun “dibeli” sekaligus.

“Kekayaan dan kuasa digunakan hari ini untuk membeli dan meliberalkan anak muda Melayu,” begitulah kesimpulan Ridhuan tentang percaturan si ultra kiasu yang pantang kalah.Mereka bertekad menang pilihanraya dengan apa cara sekalipun, termasuklah menerusi kaedah gunakan Melayu untuk tipu Melayu.

Selain menipu dan membohong, Melayu yang makan dedak DAP pandai menyamar dan berlagak lebih Cina dari Cina….

Renung2kan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment