Madey ada ilmu tilik nasib...?Orang Dalam PH pun Ada Naik Menyampah Dengannya

Itu ramalan Madey saja...Madey tak tahu lagi dalam PKR dan DAP ada yang naik menyampah dengan kehadiran Madey dalam politik PH.Madey cakap pakai air liur saja...ada apa hal.

Adakah Tun Mahathir Mohamad mempunyai kuasa luar biasa sehingga dapat meramalkan kejatuhan Datuk Seri Najib Razak?

Itu persoalan dibangkitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu kepada stesen televisyen Bloomberg.

"Mahathir kata Najib akan jatuh pada pilihan raya umum akan datang. Adakah ini berdasarkan kepada kajian saintifik seperti pungutan suara atau sekadar ilmu tilikan?" katanya melalui blog beliau Rabu.

Kata Salleh, realiti ketika ini ialah parti pembangkang bercelaru dan tidak mampu memberikan pilihan kepada kerajaan sedia ada.

Apa yang dimahukan pengundi, kata bekas ketua menteri Sabah itu, ialah kestabilan politik dan ekonomi.

"Dan ini yang ditawarkan kerasaan sekarang," katanya.

Tuduhan yang direka-reka terhadap perdana menteri juga, kata Salleh, tidak dapat mempengaruhi rakyat untuk menolak beliau.

"Kita akan melihat bagaimana Tony Pua (anggota parlimen Petaling Jaya Utara) yang juga anggota PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) mempertahankan dakwaan terbarunya di mahkamah.

"Itu akan menentukan sama ada semua dakwaan itu benar atau tidak," kata Salleh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana