MACAMLAH DIA SEORANG SAJA TAHU JADI PM…

Masih lagi kedengaran suara-suara sumbang di luar sana berhubung isu mayat Kim Jong Nam dan perselisihan faham di antara kerajaan Malaysia dengan Korea Utara meskipun semuanya sudah dapat diselesaikan dengan baik oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi ‘cap bunga’ sebelum selesai masalah tersebut sempat memperlekeh tindakan kerajaan Malaysia, kononnya cara penyelesaian masalah dengan kerajaan Korea Utara itu dikatakan tidak cekap.

Selepas selesai dengan aman, ada pula yang meluahkan rasa tidak puas hati ekoran kerajaan Malaysia enggan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara. Kononnya keputusan tersebut menunjukkan negara kita ‘lemah’?

Pertamanya, penulis mahu mengingatkan Pengerusi ‘cap bunga’ terlebih dahulu bahawa bukan dia seorang saja yang tahu menjadi Perdana Menteri di negara ini. Orang lain pun tahu juga menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

Jangan fikir berkuasa selama 22 tahun itu Malaysia ini maka tiada sebarang cacat celanya. Bukan setakat cacat cela, malah lebih dari itu pun ada. Cuma segala itu dapat ditangkis, ‘dimatikan’ hujah’ dan ‘disembunyikan’ sahaja…

Tapi di zaman ini, amat sukar untuk ‘disembunyikan’ begitu saja seperti sebelum ini ekoran perubahan zaman yang menuntut ketelusan, kewujudan media sosial dan teknologi telefon pintar yang jauh lebih canggih berbanding zaman Pengerusi ‘cap bunga’ itu.

Jadi, janganlah terlalu berlagak hebat sangat. Skandal BMF pun belum selesai disiasat lagi, jangan pula terbit pelbagai lagi skandal-skandal hangat yang mampu membuat wajah sesetengah pihak jadi ‘merah padam’.

Keduanya, tidak timbul isu untuk putuskan hubungan di antara Malaysia dan Korea Utara. sebenarnya. Yang kita tidak puas hati ialah pada Duta Besar mereka yang bermulut celupar dan menyampaikan sesuatu yang tidak benar tentang pihak berkuasa di sini.

Apabila Duta Besar Korea Utara itu menyampaikan sesuatu yang hanya bersandarkan pada persepsinya semata-mata, tanpa fakta dan bukti kukuh mengenai pihak berkuasa di negara ini, maka kita berhak untuk panggil dia mengadap dan mendesak dia memohon maaf.

Itu memang tindakan normal di mana-mana negara pun. Duta Besar sepatutnya menjaga hubungan dua hala, tapi bila dia tidak sedar diri dari tugas hakikinya dan bersikap biadap, maka memang dia akan digesa memohon maaf dan beri penjelasan.

Namun atas kedegilannya untuk tidak memenuhi tuntutan pihak berkuasa di negara ini, ia mengakibatkan dirinya diberikan status ‘persona non grata’. Dia dikehendaki keluar dari negara ini dalam tempoh 48 jam dari detik status berkenaan diumumkan.

Dalam konteks ini, maka jelaslah bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari sikap individu, dan bukan mewakili kerajaan secara keseluruhan. Jika bermasalah dengan kerajaan Korea Utara, penulis yakin perkara ini pasti akan berlarutan dan belum dapat diselesaikan dengan baik.

Namun yang lebih penting ialah cara diplomasi Najib dalam menyelesaikan kemelut diplomatik ini yang bagaikan ‘menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berserak dan rambut pun tidak putus’. Segalanya begitu lancar dan memuaskan hati antara dua kerajaan ini.

Cuma penulis tertarik dengan kenyataan Najib yang meminta supaya Korea Utara tidak mengulangi insiden sebegitu rupa pada masa akan datang sekaligus mengingatkan negara luar tentang kedaulatan negara ini. Di sebalik toleransi Malaysia itu, tersimpan ketegasannya.

Tapi, mungkin kerana perangai yang suka bergaduh dengan negara luar, maka cepat saja puak-puak pembangkang itu menjadi ‘batu api’, cuba mengeruhkan keadaan dan hubungan negara dengan negara asing. Mungkin itu sikap semulajadi mereka?

Pada penulis, sikap buruk itu tiada pada Najib. Beliau begitu berhati-hati dalam setiap tindakannya. Bukan sekali dua, sudah banyak yang beliau selesaikan. Hatta hal-ehwal negara Asia Tenggara pun berjaya beliau damaikan.

Bukan macam yang ‘seorang itu’. Pantang sikit, sudah mahu bergaduh. Bergaduh dengan Britain, dia suruh pandang ke timur. Padahal, dia sendiri dan keluarganya pun bukanlah pandang ke timur sangat pun, kan? Seorang anaknya lebih liberal dari barat, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana