Krisis PAS - PKR tak jamin kemenangan BN di Selangor...

Kerja keras, kuatkan jentera parti, eratkan kerjasama dengan komponen BN, itu cara untuk rampas Selangor daripada DAP, PKR dan PAS.
Walaupun kini wujud krisis antara DAP, PKR dan PAS, namun itu semua tidak menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, setiap parti dalam BN perlu bekerja keras seperti mana di dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, dalam usaha mendapatkan kembali Selangor.

"Sekiranya PAS berdiri dengan diri sendiri, mengkin ada sedikit kelebihan (kepada BN) tetapi ini tidak akan menjamin kita akan menang.

"Kita BN akan berdiri teguh dan bina kekuatan kita dan keyakinan kita dan tidak berharap terhadap kepincangan orang lain," katanya dipetik portal antarapos.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BN mampu merampas kembali Selangor jika PAS 'menarik diri' daripada kerajaan negeri.

Sebelum ini wujud desakan sesetengah pihak agar PAS berpisah daripada kerajaan negeri ekoran ketegangan hubungan parti itu dengan PKR.

PAS pada ketika ini mengekalkan hubungan politik dengan PKR, walaupun selepas Pakatan Rakyat terkubur, dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam PH.

PKR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan PAN, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.

Dalam perkembangan yang sama, Sulaiman berkata, walaupun tanpa PAS, dua parti komponen PH, iaitu DAP dan PKR tidak akan terlepas daripada saingan ekoran kemunculan parti baru.

"Parti-parti baru yang ditubuhkan oleh Datuk Ezam Mohd Nor akan meminta kerusi juga.

"PKR tidak akan lepaskan kerusi-kerusi yang mereka dah pegang sekarang serta DAP akan kekal mendominasi dan tidak akan beri peluang kepada parti-parti lain yang mana ini akan memberikan satu saingan," katanya.

Justeru ujar beliau, rakyat perlu bijak menilai parti-parti politik yang akan memberikan kelebihan kepada mereka kelak. 

"Rakyat akan melihat parti mana akan memberikan jaminan dan keupayaan kepada mereka", ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana