Kontraktor & Kawan Baik Lim Guan Eng Ditahan SPRM

Dato Seri Khor Teng Tong pemilik Hunza Land dan dipercayai kawan baik Guan Eng telah dicekup SPRM pagi tadi.

Turut ditahan sama adalah anaknya untuk membantu siasatan kerana kedua-dua suspek tersebut dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka.

Mereka berdua dikatakan terbabit menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.

Perbuatan itu telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siasatan SPRM yang telah menangkap seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac 2017 kerana menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Syarikat Hunza Land yang berpangkalan di Georgetown itu didapati telah membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah.

Semalam ADUN Tanjung Bungah telah desak Guan Eng letak jawatan. Mungkin ADUN itu tahu selepas Datuk Seri dan anaknya yang bergelar Datuk ini ditangkap, orang seterusnya mungkin lebih besar lagi.

Apakah orang itu adalah Lim Guan Eng?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana