Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator"

Bekas pemimpin DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mencabar tokoh utama DAP Lim Kit Siang untuk berdebat mengenai tajuk DAP adalah pemerintahan diktator.
Tunku Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, membuat cabaran itu untuk mendedahkan sebab sebenar Lim memilih Melayu untuk mempengerusikan Pakatan Harapan.

Katanya, strategi Lim adalah bertujuan untuk memperdaya pengundi Melayu bahawa seorang Melayu akan memegang tampuk kuasa dan mentadbir negara jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Saya tahu Lim akan sentiasa menafikan bahawa beliau seorang dictator dan bersikap hiprokrit terhadap demokrasi.

“Oleh itu, saya mencabar beliau untuk berdebat mengenai tajuk DAP diperintah dan didokong secara diktator,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Tunku Aziz berkata, keputusan Kit Siang melepaskan jawatan pengerusi pakatan pembangkang adalah satu taktik untuk menenangkan kebimbangan orang Melayu terhadap seorang pemimpin DAP mengambil alih kuasa negara.

“Beliau menggunakan Melayu untuk melemahkan Melayu. Itu sebab beliau enggan menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, atau ketua pembangkang di Parlimen.
“Hakikat sebenarnya, jika Pakatan memenangi pilihan raya umum ke 14, Kit Siang akan segera merampas mahkota tertinggi politik – jawatan Perdana Menteri,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana