Ketua Polis Negara pertahan keputusan batal debat Mahathir-Nazri…

Bukan sekali tetapi dua kali debat yang ditunggu-tunggu antara Tun Dr Mahathir Mohamad - Datuk Seri Nazri Aziz terpaksa dibatalkan.
 
Pertama di MRSM Kuala Kangsar di Padang Rengas pada 25 Mac bila polis tidak beri permit kerana adanya bantahan orangramai di kawasan itu.
 
Kedua di Kompleks Karangkraf di Shah Alam  yang dijadualkan diadakan pada 7 April.Polis asalnya beri permit namun menarik balik kelulusan itu esoknya juga kerana adanya bantahan.
 
Ini telah mencetuskan pelbagai dakwaan.Antaranya BN didakwa main sandiwara kerana takut nak berdepan serangan bekas Perdana Menteri itu.
 
Sasaran utama tentulah terhadap pihak polis yang didakwa bertindak melangkaui kuasa, melanggar perlembagaan dan macam-macam lagi.
 
Apapun Nazri yang sebelum ini sudah set hendak berentap dengan Dr Mahathir juga tidak senang hati dengan pembatalan debat 7 April.
 
Malah beliau secara sinis mencadangkan ia diadakan di luar negara termasuk di Antartika yang dipenuhi penguin agar tidak timbul isu keselamatan.
 
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff pada Ahad lalu memberitahu antara sebab kelulusan permit debat itu ditarik balik kerana hasil risikan polis menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada hari debat itu berlangsung di Shah Alam.
 
Katanya pembatalan kelulusan permit adalah atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.
 
Selain itu,kata Mohd Fuad polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf di Shah Alam.
 
Memang tidak lojik kalau nak kata polis membuat keputusan seumpama itu tanpa alasan yang kukuh.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi Selasa telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Polis Selangor itu.
 
Beliau menyifatkan dakwaan mengatakan polis salahguna kuasa dan langgar perlembagaan adalah keterlaluan.
 
Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada polis mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 dan ia digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Menurut Khalid, Seksyen 20 (3) akta sama juga memberikan polis kuasa budi bicara untuk menjalankan tugas itu demi kepentingan orang ramai.
 
Beliau menjelaskan polis sekadar menjalankan kuasa budi bicaranya dan keputusan itu dibuat selepas polis mengambil kira pelbagai aspek dan bertujuan untuk mengekalkan ketenteraman awam.
 
Katanya dakwaan polis menyekat kebebasan bersuara adalah tidak rasional.
 
Ini,katanya kerana polis sebelum ini pernah memberi kebenaran sebilangan debat diadakan.
 
“Perlu difahami bahawa polis melaksanakan kuasa di keputusan berasaskan bukti adanya potensi ancaman kepada keselamatan orang awam.Oleh itu untuk mengatakan polis secara tidak langsung menyekat kebebasan bersuara adalah tidak rasional,”katanya.
 
Khalid juga memetik penghakiman satu kes yang menyebut hak sekelompok warganegara tidak boleh mengatasi yang lain.
 
“Ia bukan soal salah guna kuasa tetapi tanggongjawab polis mengunakan kuasa pertimbangan yang dibuat dengan niat baik untuk kepentingan orangramai,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana