Kenapa Kaum Cina DAP Marahkan Najib?

Apabila kita melakukan urusniaga di kedai runcit ataupun mana-mana kedai yang dimiliki oleh kaum Cina, pastinya kita akan mudah terdengar rungutan kaum ini terhadap beberapa dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Paling popular rungutan mereka adalah sistem cukai GST yang diperkenalkan kira-kira dua tahun yang lalu yang didakwa mereka telah menyusahkan semua pihak.

Rungutan seumpama ini sebenarnya sudah berkumandang sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lagi. Cuma hal ini tidak dibesarkan sehinggalah perlaksanaan GST diperkenalkan. Agak melucukan sebenarnya apabila terdapat juga pelanggan di kedai mereka termakan dengan hasutan halus seumpama ini. Persoalannya, kenapakah mereka marahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak?

Sebenarnya, sejak sebelum negara ini mengecapi kemerdekaan, ekonomi negara ini sudah dikuasai oleh kaum Cina. Kebanyakan mereka mendiami kawasan bandar dengan segala urusan peruncitan telah dikuasai mereka sejak sekian lama. Namun, apabila Datuk Seri Mohd Najib bertindak balas hasil daripada rungutan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang, maka Kedai Rakyat 1 Malaysia diperkenalkan.

Menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia ini, harga barangan keperluan boleh didapati dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Ianya sedikit sebanyak telah mengganggu urusan peruncitan yang selama ini dimonopoli oleh kaum Cina. Ditambah lagi dengan perlaksanaan GST, mereka tidak lagi dapat culas dari membayar cukai seperti yang berlaku semasa sistem percukaian SST dilaksanakan.

Mungkin kita akan merasai tempias hasil daripada GST ini. Namun harus diingat, sebelum perlaksanaan GST, majoriti pemborong dan pembekal yang kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina, telah menaikkan harga barang. Justeru, apabila GST dilaksanakan, harga barang secara automatiknya bertambah sebanyak 6 peratus hanya dengan alasan untuk mengelakkan kerugian yang tidak disangka.

Menerusi GST, tiada lagi ruang untuk para pemborong, pembekal mahupun peniaga mengelak untuk mendedahkan modal dan keuntungan perniagaan mereka. Secara automatiknya pendapatan mereka akan terdeah dan secara tidak langsung, pungutan cukai akan lebih tersusun.

Dari segi lain pula, dasar kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 juga, ada kesannya yang tersendiri. Antara ciri-ciri negara maju adalah had gaji minimum bagi mereka yang bekerja dan sebagai sebuah kerajaan, pastinya gred gaji penjawat awam juga akan turut meningkat.

Melihat akan perkara ini, antara mereka yang terkesan dengan kenaikan ini adalah bos-bos dari kaum Cina. Mereka terpaksa mengeluarkan lebih belanja untuk kos menampung kenaikan gaji yang pada perkiraan mereka telah mengganggu kos operasi. Lebih melucukan, majoriti penjawat awam adalah kaum Melayu dan ianya antara punca kenapa DAP begitu beriya-ia mahu mengurangkan penjawat awam andai mereka berkuasa.

Satu lagi punca kenapa kaum Cina DAP cukup marahkan Datuk Seri Mohd Najib adalah dasarnya yang lebih mesra rakyat. Lihat sahaja, berapa banyak kemudahan yang berasaskan nama 1 Malaysia diwujudkan untuk dinikmati oleh mereka yang berada di kelompok miskin bandar.

Sebelum ini, tidak pernah diwujudkan semua kemudahan terbaik khas untuk rakyat dibuat oleh kerajaan. Sudah pastinya, mereka akan berasa bimbang akan populariti kerajaan di mata rakyat. Oleh yang demikian, mereka akan menghasut dan terus menghasut rakyat terutamanya kaum Melayu sendiri untuk membenci kerajaan walaupun mereka adalah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Ini bukan artikel mengenai perkauman. Ini adalah artikel yang datangnya dari pemerhatian setelah begitu kerap dihasut oleh para peniaga dari kaum Cina yang cederung kepada DAP untuk membenci kerajaan. Amat malang apabila terdapat kaum Melayu itu sendiri termakan dengan hasutan mereka sehingga begitu berani bertindak membenci kerajaan.

Tiada kerajaan mahupun Perdana Menteri mampu menjadi seorang yang cukup sempurna. Sebagai manusia, Datuk Seri Mohd Najib juga ada melakukan kesilapan namun di sebalik kesilapan berkenaan, beliau selalu mengutamakan kebajikan rakyat walaupun ada diantara keputusannya, bukanlah satu keputusan yang popular. Beliau tidak mengejar populariti sebaliknya sentiasa mahu mengutamakan kebajikan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana