Kenapa Jadi Begini Plak!!!! Datuk Jamal, terima kasih - Adam Rosly

 Ketua Pemuda Ampang, Datuk Adam Rosly mengucapkan terima kasih kepada Ketua Umbo Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos kerana menawarkan khidmat guaman kepadanya.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Jamal kerana sudi menawarkan," ujarnya selepas membayar wang ikat jamin di kaunter pembayaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lewat petang semalam.

Jamal sebelum ini dilaporkan menawarkan khidmat guaman kepada Adam kerana menurutnya ketua kepada Datuk muda itu sudah lepas tangan.

Ketua yang dimaksudkan Jamal adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Adam sebelum itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Adam didakwa atas enam pertuduhan mengemukakan pernyataan dan dokumen palsu ketika disiasat SPRM, Febbruari lalu.

Sepanjang penahanannya, rumah banglo yang dibeli RM1.2 juta secara tunai dan beberapa buah kereta mewahnya disita.

"Saya telah beri kerjasama yang baik dengan SPRM. Biarlah SPRM siasat sebaiknya," ujar Adam.

Isu kekayaan luar biasa Adam mula mencuri tumpuan ramai selepas dibongkarkan Jamal dan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana