Keluarga Nik Aziz mahu ambil tindakan undang-undang terhadap Amanah

Ahli keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Amanah selepas parti itu menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz, semalam.

"Maka dimaklumkan bahawa panel peguam kami sedang meneliti secara terperinci ucapan, kenyataan serta bagaimana majlis itu dilaksanakan.

"Jika terdapat apa-apa tuduhan palsu atau kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Allahyarham maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga kesucian dan nama baik Allahyarham Ayahanda kami," demikian menurut anak Allahyarham, Nik Adli Nik Abdul Aziz, dalam satu kenyataannya hari ini.

Sebelum ini Nik Adli, yang mewakili keluarga dan ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak membuat satu laporan polis terhadap tindakan Amanah menganjurkan seminar pemikiran yang menggunakan nama bapanya.

Seminar berkenaan diadakan semalam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang mana turut dihadiri Presidennya, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan beberapa pemimpin parti yang lain.

Nik Adli berkata keluarganya tidak pernah bersetuju nama bapanya digunakan bagi seminar berkenaan, apatah lagi ia memberi imej buruk kepada Allahyarham dan keluarga seolah-olah mereka menyokong perjuangan Amanah.

Sementera itu seorang lagi pemimpin PAS menyelar tindakan parti serpihannya, dengan mendakwa seminar itu sebagai 'jenayah' memanipulasi pemikiran Allahyarham Nik Aziz.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata Allahyarham tidak pernah meminta sesiapa keluar daripada perjuangan parti, apatah lagi perginya beliau masih lagi dalam 'jiwa' PAS.

"Ini merupakan satu manipulasi terhadap pemikiran seorang yang telah tiada dalam dunia. Tok Guru tidak ada kena mengena dengan parti tersebut. Malah Tok Guru terus istiqamah bersama PAS sehingga ke akhir hayatnya.

"Setiap orang berhak mengkaji pemikiran sesiapa pun termasuk pemikiran seorang tokoh yang telah meninggal dunia. Tetapi kita tiada hak menisbahkan sesuatu kepada seorang yang tidak pernah memperkatakannya," tegasnya.

Kata Khairuddin, lebih dikesalkan adalah Allahyarham tidak boleh menjawab bagi menafikan segala rekaan cerita dan andaian yang berasaskan sangkaan pemimpin Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana