KEJAHATAN TIDAK AKAN PEROLEHI KEMENANGAN

Buat pertama kali Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersependapat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa ‘kejahatan tidak boleh memenangi kebaikan’.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun secara sinis berkata, disebabkan itu juga Kit Siang gagal dalam cubaannya beberapa kali untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Abdul Rahman pada masa sama tu­rut membuat perban­dingan apabila menjelaskan parti-parti di dalam BN mengamalkan konsep demokrasi yang sangat bagus manakala Kit Siang pula menggunakan pendekatan diktator yang disifatkan sebagai jahat.
“Untuk menye­lamatkan Malaysia daripada kejahatan, Kit Siang sepatutnya meletak jawatan atau bersara, bukan­nya membunuh pe­mimpin politik yang berpotensi se­perti Tan Seng Giaw di da­lam DAP,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.
Komen Abdul Rahman itu sebagai reaksi kepada kenyataan Kit Siang yang disiarkan di laman blog beliau hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menerusi blog beliau mahu memberi pengajaran ketiga kepada Abdul Rahman iaitu ‘kejahatan tidak boleh memenangi kebaikan’.
Perkara itu berikutan Kit Siang yang telah memimpin DAP sejak 51 tahun lalu itu ‘berang’ dengan serangan demi se­rangan terhadap­nya apabila terbaharu Ahli Mahlis Tertinggi UMNO, DatuK Seri Hamzah Zainuddin pula tampil mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.
Beberapa minggu kebelaka­ngan ini, Kit Siang menjadi perhatian media dan juga pe­merhati politik apabila timbul dakwaan beliau merupakan se­orang pemimpin diktator dan terlibat dalam gerakan me­nyingkirkan Seng Giaw daripada barisan kepemimpinan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana