KAYA DARI AWAL DENGAN KAYA TIBA-TIBA, MEMANG ADA BEZANYA

SEBETULNYA, penulis bukan kali pertama berhadapan dengan orang yang kaya tiba-tiba. Semasa sebuah Felda di pinggir KLIA mendapat durian runtuh bila tanah mereka dibeli dengan nilai mencecah jutaan ringgit pada pertengahan 90-an, penulis ada bercampur dengan orang-orang ini, boleh tahu perbezaannya.

Kena ingat, waktu itu zaman Mahathir dan kehidupan rakyat majoritinya adalah susah, apatah lagi di Felda yang berkenaan, lagilah. Nak dapat RM 300 sebulan pun susah, apa sekali sejuta masuk akaun, tak terkujat dibuatnya. Tak tahu nak buat apa dengan duit tu, ada yang buat lif dalam rumah setinggi 3 tingkat!! Dia nampak mewahnya saja, part bil elektrik yang menyusul beribu-ribu selepas itu, dia lupa.

Dimudahkan cerita, banyaklah bezanya antara kaya tiba-tiba dengan yang kaya dari mula.

Berbeza dengan tanggapan ramai orang, mengurus duit yang banyak sebetulnya bukan senang. Kalau orang yang memang kaya dari mula, dia tahu nak menguruskan macam mana sebab bukan benda baru pada dia. Dalam kes seorang anak muda PKR yang dikait dengan kekayaan luar biasa sehingga didakwa dibawah Akta Pencegahan Rasuah semalam, nampak jelas dia kaya tiba-tiba, bukan kaya dari mula.

Gayanya, percakapannya, waima deretan kereta yang dia beli pun menunjukkan dia memang kaya tiba-tiba. Sekejap kata beli rumah pinjam bank, kerja keras dan sebagainya, lepas tu dapat tahu rupanya pinjam Ah Long, pinjam nenek, mertua dan sebagainya pulak, ini semua tanda orang ini kaya tiba-tiba sampai nak cerita dia kaya macam mana pun, tak tahu bagaimana.

Jadi pada penulis, semua dakwaan yang dikenakan ke atasnya ini hanyalah formaliti saja sebab mengikut undang-undang kena didakwa dulu, tapi satu yang pasti, KENA TETAP KENA. -Mykmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana