Kalau Boleh Pusing ....Pusing Lagi!!!!! 'Cuci mangkuk'... Adam Rosly bekas ahli PAS baru sertai PKR 2010

Seperti membayangkan tidak ada pemimpin PKR yang rasuah... Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada Selasa mendedahkan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly  adalah bekas ahli PAS.

Adam yang terpalit dengan kes membabitkan banglo mewah merupakan bekas ahli PAS, kata Rafizi yang cuba 'cuci mangkuk' ketika menjawab kritikan yang mengaitkan PKR dengan dakwaan ke atas Adam.

“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Rafizi berkata PKR tidak boleh memandang mudah dengan dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan boleh dijadikan modal politik oleh UMNO dan PAS.

“Kalau tidak ditangani dengan baik, dia akan ada kesan kepada parti. Kalau tidak ambil tindakan, orang akan kata kesalahan orang lain kami bising tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.

“Jadi tindakan perlu diambil, kalau tidak ia akan diambil kesempatan musuh politik Pakatan Harapan baik dari UMNO atau PAS.”

Pada Jumaat, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu, di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Beliau dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas.

Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana untuk pembelian banglo itu, yang menurutnya berharga RM1.2 juta.

Adam berkata lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman dua orang Ah Long.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana