JOM RAMALKAN APA NASIB TEH YEE CHEU DALAM DAP LEPAS INI

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu memang berani mati. Dia secara terbuka menyatakan hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang digunakan Umno untuk cadangan agar Lim Guan Eng letak jawatan atau bercuti.

Lazim diketahui, DAP merupakan sebuah parti yang dipimpin oleh mereka yang digelar sebagai diktator paling lama di dunia dan difahami hanya sekumpulan pemimpin yang ‘dengar cakap’ sahaja mampu bertahan lama dalam parti itu.

 Malahan, ‘hukum hidup lama’ dalam DAP difahamkan perlu melawan atau mengecam setiap daripada tindakan Umno menyerang mana-mana pemimpin DAP, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Tapi langkah sebaliknya yang Yee Cheu ambil dalam isu cadangan dari Umno agar Ketua Menteri Pulau Pinang itu letak jawatan mahupun bercuti.

ADUN DAP itu berkata ia adalah hak untuk Umno bersuara dan melontarkan pandangannya sedemikian rupa.

“Itu adalah usul mereka (Umno) dan mereka berhak untuk membawanya. Bagi saya, pendirian saya (berhubung isu ini) adalah sama ketika saya membahaskannya dalam sidang DUN lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia pada 12 April 2017.

Disebabkan sikap profesional dan memartabatkan hak demokrasi serta kebebasan bersuara yang diamalkan oleh Yee Cheu ini, maka tidak mustahil dia bakal dikenakan hukuman ‘kejam’ daripada kepimpinan DAP tidak lama lagi.

Lihat sendiri bagaimana mendiang Karpal Singh sendiri pernah ‘dihalau’ dari jawatannya selaku Pengerusi DAP hanya kerana dia terlibat dengan sebuah kes di mahkamah suatu ketika dahulu.

Juga kita dapat saksikan bagaimana Naib Presiden DAP Tunku Anuar Tunku Ibrahim juga pernah ‘dibuang’ oleh DAP sehingga kini beliau kembali semula untuk melondehkan segala keburukan dan kebusukan dalaman parti itu.

Jadi, adakah anda tidak percaya bahawa Yee Cheu akan hidup aman damai dalam DAP selepas ini? Jangan berharap kepada perkara yang tidak pasti dan mustahil. Kita sama-sama saksikan nanti apakah bentuk hukuman yang bakal Yee Cheu terima dari DAP. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana