JOM BACA INI!!!!! RED BEAN ARMY DICIPTA UNTUK MENIPU DAN MEMANIPULASI FAKTA UNTUK SUNTIK KEBENCIAN TERHADAP KERAJAAN

Kewujudan tentera siber DAP atau dikenali sebagai `Red Bean Army atau RBA' sebenarnya dibayar dengan gaji yang besar untuk menabur fitnah tanpa henti. Mereka diupah untuk melakukan serangan berkala besar untuk memburukkan kerajaan dan pemimpin negara. Kewujudan RBA ini juga diakui bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim .

Kumpulan berkenaan digerakkan untuk menabur fitnah 24 jam sehari bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai dan rakyat Malaysia. Adalah tidak mustahil kita lihat kelibat-kelibat RBA dalam portal-portal pembangkang seperti MalaysiaKini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle dan Facebook yang menyampaikan komen-komen berbaur fitnah dan negatif untuk mengeruhkan suasana.

Modus operandi mereka adalah untuk menyebarkan fitnah-fitnah dan berita tidak benar agar mengelirukan rakyat dan atas tujuan untuk merosakkan minda rakyat. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk memastikan agenda mereka tercapai agar rakyat terus membenci kerajaan sedia ada dan memberi ruang kepada parti Pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dengan taktik kotor ini.

Kumpulan ini kini berjaya membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan dan pemimpin tertentu, walaupun belum pasti kebenarannya. Oleh itu, persepsi negatif mereka ini sebenarnya membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Komen-komen sinis mereka yang keterlaluan hanya membangkitkan perasaan benci walaupun hal atau isu itu tidak benar. Kita seharusnya tahu mana yang betul dan salah sebelum menerima sesuatu maklumat.

Kerajaan harus mengambil tindakan tegas kepada terhadap mana-mana kumpulan alam maya khususnya RBA yang ternyata telah menjejaskan keharmonian negara ini kerana mereka memainkan isu perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan. Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mereka yang vokal agar dijadikan pengajaran kepada yang lain untuk tidak menyebarkan berita palsu dan berbentuk hasutan.

Kerajaan tidak harus takut untuk bertindak kerana ia bukan bertujuan menyekat kebebasan hak bersuara, tetapi mereka yang menabur fitnah perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.Tindakan tegas ini perlu kerana ia berkait dengan keselamatan negara dan kepentingan majoriti rakyat negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana