JIKA PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK NAK KALAHKAN PEMBANGKANG, BERI KEPADA UMNO

UMNO Bandar Tun Razak yakin mampu untuk memenangi kerusi tersebut sekiranya diberikan mandat untuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Menurut ketua bahagiannya, Datuk Rizalman Mokhtar, keyakinan itu lahir daripada kemahuan akar umbi yang mahu UMNO bertanding di Bandar Tun Razak bagi menggantikan MCA yang gagal mencapai kemenangan pada PRU-13 lalu.

“Saya punya keyakinan yang sangat tinggi. Kalau diberi peluang kepada UMNO saya jamin satu kerusi BN akan datang daripada Bandar Tun Razak.

“Kita di peringkat Bandar Tun Razak kita sudah bermula turun padang sejak kita kalah.

“Gerak kerja yang kita buat di peringkat parlimen berterusan dan kita sudah di fasa yang terakhir dan kita akan gandakan lagi usaha. Kini di peringkat gear lima,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Rizalman berkata demikian selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin merasmikan Program Sukarelawan Kuala Lumpur 2017 (V4KL2017) di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Untuk rekod kerusi Bandar Tun Razak adalah milik tradisi MCA.

Bagaimanapun kerusi itu menjadi milik PKR apabila dimenangi oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan majoriti 11, 832 undi dalam pertandingan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas.

MCA ketika itu meletakkan Tan Kok Eng sebagai calon.

Dengan perkembangan itu, Rizalman berkata UMNO kawasan itu bertegas mahu pucuk pimpinan BN meneliti semula untuk meletakan calon UMNO sebagai wakil BN kerana komposisi pengundi Melayu adalah melebihi 55 peratus.

“Setakat ini dari segi status yang akan ditandingi di Bandar Tun Razak adalah milik MCA.

“Tetapi kita di peringkat UMNO Bandar Tun Razak sentiasa memberi pandangan yang baik kepada pucuk pimpinan parti bagaimana kaedah untuk mengembalikan kerusi BN Bandar Tun Razak dengan memberi pulang kepada UMNO bertanding supaya peluang untuk kita menang lebih jauh berbanding MCA.

“Perkara ini masih terus memberi desakan dan juga pandangan kepada pucuk pimpinan dan kita harap kita akan dipertimbangkan secara serius dengan apa yang kita mahukan,” katanya lagi.

UMNO Bandar Tun Razak mempunyai 79 buah cawangan aktif dengan keahlian hampir 20,000 orang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, sebelum ini berkata parti itu tidak mempunyai niat untuk melepaskan kerusi tradisi berkenaan.

Malah sebarang pertukaran kerusi perlu melalui perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana