Jangan lepaskan Zuraida, gesa Jamal Yunos pada SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera memanggil dan menyiasat Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, bagi merungkai kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Pemuda Ampang, Datuk Adam Rosly.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata Zuraidah perlu membantu SPRM menyelesaikan kes tersebut kerana rakyat mahu tahu sejauhmana PKR telus dalam kes-kes sebegini.

"Jadi kita minta bukan setakat Adam sahaja, laporan yang kami telah berikan kepada pihak SPRM pada Selasa lalu supaya pihak YB Zuraida juga dipanggil disiasat," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Adam kini dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 selepas menghadapi enam pertuduhan memberikan penyataan dan dokumen palsu ketika disiasat SPRM, Februari lalu.

Adam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Datuk muda berusia 28 tahun itu terdahulu ditahan SPRM selepas kekayaan luar biasa yang dimilikinya dibongkar Jamal dan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Jamal sebelum ini menuduh Adam adalah proksi kepada Zuraidah, namun Ketua Wanita Keadilan itu menafikan dan berkata pemuda itu tidak pernah dilantik menjadi pembantunya.

Media semalam melaporkan Adam mendakwa beliau meminjam duit ahlong sebanyak RM500,000 untuk membeli secara tunai sebuah banglo ala istana di Ampang. Banglo tersebut dibeli atas lelongan sebanyak RM1.2 juta.

Selain banglo, Adam juga dilaporkan memiliki beberapa buah kereta mewah, yang kemudiannya disita SPRM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana