Isu halang fatwa: PAS akan saman kerajaan Pulau Pinang

Brovo... bagi membuktikan kesungguhan membela Islam khususnya di Pulau Pinang, PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri berhubung isu fatwa yang tidak diwartakan.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan undang-undang itu diambil berikutan dakwaan wujud campur tangan Kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menyebabkan fatwa yang sudah diluluskan Majlis Fatwa Negeri tertangguh atau disimpan.

Jelas beliau, PAS negeri ini ketika ini dalam proses perbincangan dengan peguam sebelum tindakan undang-undang itu diambil dalam masa terdekat.

“Tindakan undang-undang terhadap DAP dan PKR berhubung isu fatwa ini adalah komitmen kita dalam membela agama Islam khususnya di negeri ini.

“Apatah lagi tindakan campur tangan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan juga membelakangkan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua agama Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS negeri kali ke-37 di Permatang Pauh, pada Ahad.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof.

Afnan Hamimi sebelum ini mendakwa wujud campur tangan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang sehingga menyebabkan empat fatwa yang sudah diluluskan tidak diwartakan atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.

Menurutnya, empat fatwa itu adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik; hukum menghisap shisha; pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Fauzi berkata, PAS negeri ini bersedia bertanding di lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan blok politik ketiga terdiri daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendepani PRU-14.

“Siapa blok ketiga ini kita akan umumkan kemudian dan sasaran kita adalah untuk bertanding lebih banyak kerusi di negeri ini,” katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu ketika PAS masih bersama pakatan pembangkang, parti itu diperuntukkan sebanyak enam kerusi DUN dan dua Parlimen di negeri ini.

Bagaimanapun, PAS hanya memenangi satu kerusi DUN iaitu Permatang Pasir menerusi calonnya, Datuk Mohd. Salleh Man.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana