Inilah Melayu PH!!!!! Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355

Amanah terus menyatakan ketidakpuasan hati terhadap usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Syariah) (Pindaan 2016) atau Akta 355 yang dibawa PAS, Khamis lalu.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mengulangi hujah pemimpin pembangkang yang lain bahawa usul itu sepatutnya dibawa kerajaan bukannya PAS.

"Mengapa mesti parti pembangkang pula yang membawa usul tersebut secara persendirian yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

"PH dari awal sudah konsisten tentang pendirian kami dalam isu ini, pertama kita dah cakap yang (Akta) 355 adalah kerajaan yang memerintah.

"Maka ini adalah tanggungjawab mereka untuk menambah baik sistem dan keperluan insititusi yang sedia ada termasuk Mahkamah Syariah dan mahkamah lain-lain" katanya.

Khamis lalu, ketika Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bangun untuk membentangkan usul bagi meminda Akta 355, beliau dilengah-lengahkan beberapa ahli Parlimen pembangkang.

Malah, selepas beliau selesai membentangkan usul itu, PAS terus menjadi sasaran sindiran dan kritikan pembangkang.

Izham ketika ditanya apakah yang tindakan susulan Pakatan Harapan (PH) berkata pihaknya akan berbincang dengan lebih terperinci mengenai usul tersebut.

"Kita tiada masalah untuk berbincang dan tidak akan timbul isu kita tolak atau terima cuma kita perlu berbahas.

"Pada pandangan kami, baik atau buruk kita tetap akan terima" ujar beliau.

Ujarnya, pemimpin PH perlu bersedia untuk membahaskan usul tersebut pada sidang Parlimen Julai akan datang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment