Inilah Cara Pembangkang Bila Kena Tangkap...Dituduh Konspirasi oleh Kerajaan

Sebuah portal pro Pakatan hari ini mendakwa Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly telah menjadi mangsa kepada konspirasi politik UMNO sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memang benar bahawa Adam Rosly disiasat SPRM berpunca dari laporan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, tetapi laporan berkenaan dibuat berdasarkan kekayaan melampau yang dimiliki oleh pemimpin muda Pakatan Harapan tersebut.

Rakyat Selangor khususnya dikawasan kediaman Adam Rosly sendiri pastinya tertanya-tanya bagaimanakah seorang pemuda seperti beliau mampu mengumpul kekayaan begitu banyak tanpa bersandarkan latarbelakang perniagaan atau harta warisan dari keluarga.

Justeru itu, khidmat agensi seperti SPRM amat diperlukan bagi mengesahkan kekayaan dan harta benda yang dimiliki oleh orang kuat PKR di kawasan Ampang tersebut.

Tambahan pula, rumah besar ‘ala-ala Istana Disneyland’ yang tersergam mewah dianggap terlampau menjolok mata oleh beberapa penduduk sekitar. Itu belum lagi dikira deruan kenderaan mewah milik Adam Rosly yang menjalar saban hari dikawasan berkenaan.

Jika Adam Rosly tidak bersalah dan harta-harta kekayaannya itu diperolehi secara sah, maka beliau tak perlu bimbang dengan siasatan oleh pihak SPRM. Tak perlulah penyokong-penyokong Pakatan menuduh ianya konspirasi politik UMNO atau sebagainya kerana ia adalah proses biasa bagi setiap ahli politik baru yang ‘kelihatan kaya’.

Apapun, disebalik penahanan anak muda melayu seperti Adam Rosly ini oleh SPRM, ianya menjadi bukti bahawa negara kita mampu melahirkan ramai jutawan muda selepas era pemerintahan Tun Mahathir.

Kita ketepikan dahulu dari mana harta kekayaan yang Adam Rosly dapat kerana ia masih dalam siasatan SPRM, dan kita cuma fokuskan kepada kejayaan beliau menjadi kaya sahaja.

Cuba kita imbas kembali tentang Sidang Media Adam Rosly sebelum ini.. Beliau menyatakan bahawa dirinya menjadi kaya kerana hasil usaha keras beliau sendiri tanpa bergantung dengan mana-mana pihak.

Ini menunjukkan bahawa di zaman pemerintahan Najib, ramai anak muda melayu berpeluang untuk menjadi kaya dan memiliki istana Disneyland seperti Adam Rosly.

Berbeza dengan zaman Mahathir, berapa kerat sangat anak melayu yang mampu berjaya didalam politik sehingga mampu bersaing dengan ahli perniagaan cina? Harus diakui bahawa Adam Rosly telah membuktikan kemampuan anak melayu di zaman sekarang.

Jadi kesimpulannya, bersalah atau tidak Adam Rosly nanti, beliau sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa anak muda melayu kini bukan lagi miskin dan juga hidup melarat di zaman Najib seperti yang didakwa oleh beberapa pemimpin Pakatan.

Jika di era pemerintahan Mahathir, mampukah anak muda berhaluan kiri seperti Adam Rosly jadi jutawan? Jangankan kata nak buat rumah banglo sebesar Hypermarket, mungkin nak hidup senang pun belum tentu lagi. Silap-silap langkah, terperosok didalam tahanan tanpa bicara I.S.A yang telah dihapuskan oleh Perdana Menteri Najib Razak. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana