Ini lagi satu lawak yang sangat jelek, nampak sangat kebimbangan iaitu rakyat Malaysia khususnya orang melayu akan menolak PH dalam PRU14 nanti

Nasib rakyat Malaysia tidak akan berubah selagi...

Nasib rakyat tidak akan berubah selagi masyarakat tidak menyokong Pakatan Harapan, demikian menurut Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.

Syed Ibrahim berkata, tanpa rasa berbelah bahagi, rakyat seharusnya menyokong Pakatan Harapan kerana ia mengemukakan dasar yang membangun, progresif dan pragmatik untuk membina negara kembali kepada kegemilangan.

"Contohnya, Belanjawan Pakatan Harapan (sebelumnya Pakatan Rakyat) yang diterbitkan setiap tahun. Begitu juga dengan Pelan Pemulihan Felda. Dan akan datang, dasar yang berkaitan pembanterasan rasuah, kadar pendapatan adil, peluang yang saksama, kos sara hidup dan kebajikan sosial.

"Rakyat juga tidak harus lupa bahawa terdapat tiga negeri sekarang yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Kisah kejayaan pelaksanaan dasar yang pro-rakyat boleh dilihat dengan jelas terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya lagi, nasib rakyat khususnya yang berpendapatan menengah dan rendah tidak akan berubah di bawah pemerintahan BN.

"Sebagai pentadbir dan pemerintah, BN perlu dipertanggungjawabkan serta tidak boleh lari daripada amanah ini! Jangan tuding jari kepada pembangkang kerana tidak kotakan janji sedangkan parti pemerintah sewajibnya menepati janjinya.

"Najib dan parti pemerintah sendiri terpaksa memperkenalkan label khas, B40 dan M40 kerana kelompok rakyat berkenaan telah ketara semakin runcing," ujarnya lagi.

Difahamkan, kelompok B40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (di bawah RM3,900 sebulan) manakala M40 adalah berpendapatan 40 peratus sederhana (antara RM3,900 hingga RM8,300 sebulan).

Menurutnya lagi, masyarakat kini bukan sahaja menghadapi masalah pendapatan dalam mendepani hari-hari mendatang, malah mereka juga turut tertekan dengan pelbagai potongan subsidi yang dilaksanakan kerajaan.

"Tinjauan umum saya mendapati ramai daripada kalangan rakyat tidak mampu untuk berfikir jauh lagi sehingga 10, 20 atau 30 tahun akan datang. Mereka terpaksa memikirkan nasib mereka untuk selama setahun, 6 bulan malah 3 bulan akan datang. Ini kerana pendapatan kurang daripada perbelanjaan walaupun amalan berjimat cermat telah dilakukan.

"Sementara memang benar ketua keluarga harus bijak menguruskan kewangan untuk keperluan isi rumah, namun sekiranya kantung keluarga itu kecil dan bocor melalui cukai GST, bayaran harga barang yang naik dan harga rasuah maka nasib M40 dan B40 tetap tidak ke mana," katanya.

PS....Poodah temberang aje lebih tp yg jelasnya geng2 pakaton ni sedang bina empayar dan mengaut kekayaan sebyk mana yg boleh sejak jd kerajaan ng terutama d selngor dan pp.....dasar pembohong rakyat tertipu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana