Ini detiknya bila Najib akan palu gong PRU14…Insyallah BN Menang Besar

Bila pilihanraya umum ke 14?....Ini terus menjadi bahan spekulasi paling top.Ada yang kata tahun ini dan ada yang yakin tahun depan.Jadi bila?
Panglima perang BN,Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat memberi satu indikasi yang jelas bila beliau hendak palu gong pilihanraya yang dinanti-nantikan itu.

Dari cakapnya nampaknya beliau hanya akan berbuat demikian setelah cukup yakin jentera BN di seluruh negara mantap dan buat kerja persiapan dengan rapi.

Baginya BN boleh menang samada PRU14 tahun ini atau tahun depan jika jentera BN sudah mantap.

“ Tahun ini pun kita boleh menang, tahun depan pun kita boleh menang, Insya-Allah. Saya nampak jentera sudah tidak sabar untuk lawan, kita sudah asah keris kita, kita sudah ada kuasa ketumbukan, semangat kepahlawanan dan serikandi.

"Saya kira kita sudah bersedia tetapi masih ada sikit lagi kerja... Apa dia? Kita mesti pastikan jentera kita buat kerja. "Saya harap kita boleh membuat persiapan ataupun kesiapsiagaan yang cukup rapi. Saya seorang yang percaya sebelum lakukan sesuatu kerja besar, kita perlu buat persiapan dan kesiapsiagaan yang cukup-cukup rapi," katanya.

Berucap melancarkan jentera PRU14 BN Jalinan Rakyat Plus di PWTC,Kuala Lumpur ,Perdana Menteri kata beliau adalah seorang yang percaya sebelum buat sesuatu kerja besar mesti ada persiapan rapi.

Beliau juga mahu semangat Strategi Lautan Biru (NBOS) diterapkan dalam jentera BN.

"Kita sudah ada pasukan yang baik, bezanya dulu, kita masih dalam lohong masing-masing, kita agak bersifat jaga kawasan, wilayah, orang lain jangan masuk campur, ambil berat, ambil peduli, jangan tanya pun.

"Era itu tidak lagi sesuai, kita dah terbukti dalam kerajaan, kita buat NBOS, kerjasama NBOS berjaya banyak "Semangat NBOS perlu kita terjemah pulak dalam jentera BN, maka lahirlah idea bukan saja JR, malah JR Plus," katanya.

Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), yang Najib lancer itu  bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Jalinan Rakyat yang dilancarkan pada 7 Ogos 2009 bagi menggantikan Konsep Ketua 10 (K10) yang diguna pakai dalam Pergerakan Wanita UMNO, merupakan pendekatan lebih strategik bagi menjalin hubungan lebih rapat dan erat dengan rakyat.

JR PLUS bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, wanita, pemuda dan puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi UMNO dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana