INFO YANG BAIK UNTUK KITA SEMUA!!!!! INI KESAN BAIK & BURUK MAKAN DAGING

Daging merupakan makanan yang selalunya dimasak dalam pelbagai cara dan acara. Tak kisahlah daging lembu, kambing, rusa atau apa sahaja jenis daging. Kalau ke kenduri kahwin, anda pasti dapat merasa pelbagai jenis masakan berasaskan daging.

Memakan daging sebenarnya dapat membina tisu otot dalam tubuh kita. Namun tahukah anda, memakan terlalu banyak daging boleh menjadi punca kepada obesiti, sekaligus mendapat penyakit serius seperti diabetes dan jantung.

Menurut pakar nutrisi dari Institut Jantung Negara (IJN), rakyat di negara ini memakan lebih banyak produk haiwan seperti daging berbanding sayur-sayuran.

Terdapat beberapa kesan baik dan buruk jika anda kerap mengambil daging dalam menu seharian anda.

1. Sumber vitamin B12

Sumber vitamin B12 sangat banyak ditemui dalam daging haiwan. Ia merupakan sumber yang baik dan penting untuk tubuh kita. Namun, ia sukar ditemui dalam tumbuhan yang kita makan sehari-hari.

2. Meningkatkan fungsi saraf otot

Umum mengetahui sel-sel otot dan badan kita terbentuk dari protein. Daging pula membekalkan protein yang lengkap dalam proses menguatkan otot. Protein juga dikatakan membantu saraf-saraf pada otot untuk berkembang dengan baik.

3. Kaya dengan zat besi

Selain protein dan vitamin B12, daging juga kaya dengan mineral terutamanya zat besi. Tubuh kita sangat memerlukan zat besi untuk membolehkan proses pengepaman oksigen dari peparu ke bahagian tubuh lain.

Tambahan pula, zat besi yang diperoleh dari daging turut dikatakan mampu meningkatkan metabolisme badan kita.

4. Penyebab penyakit jantung

Penyakit jantung mudah didapati jika anda kerap memakan daging. Hal ini kerana kandungan lemak yang tinggi dalam daging akan terkumpul di saluran darah jantung, seterusnya boleh menyebabkan tersumbat.

5. Penghadaman tak sempurna

Gangguan sistem pencernaan juga adalah disebabkan oleh kerap memakan daging merah. Daging merah ini mengandungi bakteria seperti Eschericia dan akan menyebabkan masalah seperti penghadaman tidak sempurna.

6. Kadar kolesterol tinggi

Kolesterol yang tinggi terkandung di dalam daging merah berbanding makanan lain. Kolesterol akan menyebabkan masalah kesihatan kronik seperti komplikasi jantung.

7. Risiko kanser usus

Nitrosamine atau racun yang terkumpul dalam badan akan memberi kesan buruk kepada usus besar badan kita sekiranya daging diambil secara berlebihan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana