Hina Islam: Gantung permit akhbar Nanyang Siang Pau - PAS

Buat salah dan minta maaf adalah hal senang... tapi apa pengajaran yang didapati atas kerosakan yang berlaku?

Berikutan itu banyakl pihak meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat serta menggantung penerbitan akhbar Nanyang Siang Pau kerana menyiarkan karikatur menperlekehkan Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355).

Naib Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, jika penyiaran yang dilakukan akhbar berbahasa Cina itu satu tindakan yang biadap, maka hukuman yang setimpal harus diberikan kepada mereka agar menjadi pengajaran kepada media lain.

"Nanyang Siang Pau biadap, tidak bermoral, tidak beretika dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam di dalam negara.

"Jika dibiarkan sikap biadap dan keadaan sebegini berterusan, ianya akan merosakkan institusi masyarakat berbilang kaum di dalam negara yang selama ini aman dan cukup harmoni di kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Khairil Nizam turut berkata, Nanyang Siang Pau perlu mengemukakan  permohonan maaf secara terbuka kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pembawa pindaan RUU355 dan seluruh umat Islam di negara ini serta menarik balik karikatur tersebut dari di siarkan kepada umum.

"Tindakan itu (siarkan karikatur) seolah-olah ingin menimbulkan prejudis umum yang salah terhadap sistem Mahkamah Syariah di dalam negara mahupun undang-undang Islam secara amnya.

"DPPM ingin menegaskan bahawa pindaan RUU355 hanya membabitkan orang Islam, Mahkamah Syariah, meningkatkan denda dan hukuman sebatan seperti mana yang termaktub dan di benarkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"DPPM sekali lagi ingin menjelaskan bahawa belum pernah terjadi dalam sejarah perundangan negara, orang bukan Islam di bicarakan, di adili malah di jatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah.

"Jelas, pindaan RUU355 hanya berkaitan dengan Mahkamah Syariah dan orang Islam di dalam negara. Namun, sikap Nanyang Siang Pau jelas ingin memanipulasi keadaan dengan menggambarkan sebaliknya dan menerbitkan karikatur sebegitu.Nanyang Siang Pau tidak menghormati Agama Islam, undang-undang Islam dan masyarakat Islam di dalam negara," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur yang menggambarkan seekor monyet memakai serban yang digambarkan sebagai Abdul Hadi berada di atas pokok 355.

Dalam kartun berkenaan, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet yang lari meninggalkan sebuah pokok.

Ia ditafsirkan sebagai tindakan Pandikar yang menangguhan perbahasan pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini ke sidang akan datang.

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan RUU355 di hari terakhir Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama 2017 pada Khamis lalu.

Semalam, Nanyang Siang Pau membuat permohonan maaf berhubung penyiaran karikatur yang didakwa mempersendakan Abdul Hadi dan Pandikar sebagai monyet dan menyatakan kartun tersebut yang turut disiarkan di laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik.

“Merujuk kepada kartun siaran Nanyang Siang Pau di muka surat B2 yang bertarikh 8 April 2017, Nanyang Siang Pau ingin meminta maaf kepada Pandikar dan Abdul Hadi terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun yang tidak wajar tersebut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana